Tuesday, March 27, 2012

Orang Pendiam Selalunya ADA Isi

Petang ni nak merapu kejab sebab ada benda yang jadi kat pejabat tadi... Takde la hal besar pun... Heheheh~~~ Actually, ni ada sedikit nasihat untuk korang... Orang yang korang tengok pendiam, jangan sesekali berani cuba nak cabar or buat sesuatu yang tak sepatutnya... Tak pasal2 nanti korang akan nampak perangai sebenar dia...


Kalau kita nak hormati orang atau jaga adap kita, bukannya pandang dari rupa, pangkat, perangai atau sifat dia... Hormati sama rata dan sesiapa saja yang ada di sekeliling kita, tak kira dia budak kecik, sama umur atau orang yang dah tua nak pencen...

Jangan disebabkan kita ni dah tua, dah matang, lebih senior berkerja dari seseorang tu bermaksud kita boleh mengata, pijak atau buat sesuka hati... Kalau ada salah atau sesuatu yang tak jelas, apa salahnya tegur baik-baik??? Perlu ke nak mengata itu ini di belakang sampai ada orang lain yang sampaikan perkara tu kat kita?? Perlu ke??? 

Cakap la baik-baik dan tanya betul-betul... Tak salah menegur, InsyaAllah teguran tu akan diterima... BUKANNYA dengan cara mengutuk dari belakang or cakap itu ini... Kalau dah cakap dibelakang, apa hasilnya??? Tuan punya badan tu tau ke dia ada buat salah??? Korang tak bagitau, macam mana dia nak tahu??? Macam mana dia nak betulkan kesalahan dia??? 

Kan tak pasal-pasal budak tu dah jadi kurang ajar sebab tengking orang tua??? Bukannya sengaja, tapi dah panas sebab mengata macam-macam tanpa selidik dahulu... Padahal takde masalah pun... Tanya la bagus-bagus... Dari takde masalah kan dah jadi masalah??? Kalau yang kena tu jenis orang tak kisah, takpe la jugak... Tapi kalau betul terkena kat orang yang panas baran tu, padan la muka kena sebijik... Huhuhu~~~ (^_^) Amalkan budi bahasa dan hormat-menghormati yerr... Kurangkan kontroversi dan mengumpat... Ngeh~~ ngeh~~ ngeh~~

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~