Sunday, March 4, 2012

Pineapple Muffin by Sis & The Book

Hari Ahad... Apa lagi... Hari untuk adik saya masak-masak.... (^_^) Menu petang ni adalah Muffin Nanas yang dia peroleh dari buku yang di beli semalam dalam Entry "Klik"... Actually, nak buat eksperimen sama ada resipi dalam buku tu boleh menjadi ke tak... Sebab ada sesetengah buku masakan kek, macam buku Kek Lapis Rabiah Amit dah banyak pembaca komplen resipi dalam buku tu tak betul dan tak menjadi... So, hari ni nak test la buku resipi yang dia baru je beli... (^_^) Nampaknya betul-betul menjadi dan sangat sedap...

Kiri : Muffin yang dah siap di masak tadi.... Kanan : Resipi dari buku... (^_^)
Kalau yang takde buku resipi nak buat muffin, ni bahan-bahan yang digunakan untuk 18 biji muffin:

4 Gelas tepung gandum
1 1/2 Gelas gula
1 Kotak kecil susu "dutch lady"
4 Biji telur
3 Sudu esen vanilla
250g Buttercup
2 Sudu kecil "baking powder"
18 Ketul jem nanas

Cara membuatnya :


1. Pukul butter dan gula sampai kembang, sesudah kembang baru masukkan telur.
2. Masukkan tepung gandum, baking powder, esen vanilla dan susu "dutch lady".

Kiri : Ketulan Jem nanas yang disediakan untuk inti.... Kanan : Lapisan pertama dan jem nanas
3. Sendukkan adunan ke dalam cup muffin hingga paras setengah cup, letakkan jem nanas yang telah diketulkan kat tengah-tengah.


4. Sendukkan lagi adunan kedalam cup sehingga 3/4 penuh untuk menutup jem nanas tadi.
5. Untuk hiasan, taburkan chocolate rice di atas adunan sebelum dibakar.
6. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 180◦c selama 30minit.

 ...Kalau dah siap, bolehlah dimakan... v(^_^)v Selamat mencuba....
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~