Sunday, March 25, 2012

Pizza Gebu by Abang

Petang ni, balik je dari jalan-jalan tengok abang dah siapkan pizza di rumah... Sedapppp... Pizza ni SANGAT LEMBUT roti nya... (^_^) Kalau nak try, ikut la dalam resipi ni yerr... =)


Bahan-bahannya Doh (2 keping pizza) :
300g Tepung gandum
6g Instant yeast
20g Butter
10g Gula halus
170ml Air
Sedikit tepung untuk ditabur

Cara-cara membuat doh :
1. Satukan semua bahan kedalam satu bekas kecuali mentega. Gaul sehingga betul-betul sebati.
2. Masukkan mentega kedalam doh tadi dan gaul lagi sehingga doh menjadi kenyal dan lembut.
 **Jika masih melekit, taburkan sedikit tepung.
3. Bulat-bulatkan doh yang telah siap kepada 2 bahagian dan biarkan selama 45minit sehingga doh naik sekali ganda.

Doh Pizza
Bahan-bahan untuk inti (Kuantiti ikut kemahuan sendiri) :
Bahan A
500g Daging cincang
Tomato puree / Sos tomato
Serbuk Lada
1 Bawang besar dicincang halus
Serbuk perasa

Bahan B
Sosej dihiris nipis
Cili benggala/ Capsicum (Hijau, Kuning, Merah) Dihiris nipis
Keju Mozarella di parut halus
Nanas dipotong dadu

Bahan-bahan inti pizza
Cara-cara membuat Inti dan Pizza :
1. Tumiskan bahan A sehingga masak
Bahan A ditumis terlebih dahulu
2. Ambil doh yang telah disiapkan tadi dan masukkan ke dalam dulang pizza. Tekan-tekan doh dengan menggunakan jari sehingga memenuhi dulang.
**Biarkan bahagian tepi pizza tebal sedikit
3. Tuangkan dan ratakan bahan A yang telah dimasak tadi untuk dijadikan lapisan pertama
4. Kemudian, susun semua bahan B mengikut citarasa sendiri.
Pizza siap disusun dan sedia untuk dibakar
5. Sediakan oven dengan suhu 150◦c dan bakar selama 20minit sehingga keju mencair dan doh nampak kuning keemasan.

Bila dah siap... Potonglah untuk dimakan... (^_^) Sangat lembut dan sedap.... Nyum3~~~
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~