Monday, March 19, 2012

Sabar Ada Tahapnya

Nak marahhhhh je... Huhhh~~~~ Sabar... Harus Sabar... TAPIIIII~~~ Ada batasnya kan??? Lebih-lebih lagi dah tahu jenis panas baran, tahap sabar tu memang rendah... SANGAT RENDAH... Orang yang panas baran ni, kalau dia dah buat baik...memang dia akan betul-betul baik dan seikhlas-ikhlasnya mereka baik... Tahap kalau dah sakit hati dan marah, tak tahu nak cakap... Sepatutnya jenis yang macam ni kena pergi kaunseling "Anger Management"... Tapi kalau dah sedaya upaya jadi yang terbaik, then orang pijak pula kepala tu...Memang taubat nenek, jangan harap nak tengok lagi kebaikan tu...

Kadang-kadang, dari marah tu menyebabkan kita kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidup ni... Jadi, sebelum nak meletus, baik fikir dulu apa akan jadi lepas tu...

Yang saya hairankan sangat, kalau dah tahu orang tu buat baik, kenapa tak boleh balas baik jugak??? Kenapa nak disakitkan hati dan ada saja perkara yang menyakitkan hati nak di buat... Dah tahu perkara tu boleh buat jadi mengamuk, kenapa masih nak buat?? Tak pasal-pasal kena sumpah seranah kan??? Lepas tu, yang pemarah tu jugak la yang hilang harga dirinya bila dah marah-marah... Sapa yang nampak jahat??? Engkau ke??? Tak kan?? Kenapa tak boleh berfikir??? Ingat marah ni tak penat??? Boleh sakit mental tau tak??? 

Jenis yang diam-diam ubi tapi berisi ni la yang bahaya... Rupa je sopan santun dan pendiam, tapi dalam hati tu berapi tunggu nak meletus takde sapa yang tahu... Huhuhu~~~
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~