Friday, March 23, 2012

Seronok dan Sempoi Bila Layan Single

Selalunya orang kata bila single, hidup ni akan jadi sunyi sepi kan??? Cuba kita berfikir positif dan jangan terlalu hiraukan benda tu, for sure kita akan sangat happy... (^_^) Macam saya hari ni layan seronok je walaupun sorang-sorang... Hehehhe~~~

Hari ni masa saya penuh... Pergi uruskan servis kereta, pergi bank, pergi shopping dan jalan-jalan... Kebetulan pulak hari ni saya cuti... (^_^)

Saya ni kalau dah jalan sorang-sorang memang sempoi... Bila dah lapar dan penat, duduk kejab kat mana-mana tempat dan makan.. Hehehhe~~~ Tadi lepak makan kat Food Bazaar The Spring... Makan Beef Tang Hoon... Bihun sup kegemaran saya... (^_^) Pelik kan??? Kenapa orang asyik pandang-pandang je kalau kita duduk makan sorang...Pelik ke??? Tak kan??? =)


Tak tahu la apa yang sedapnya Bihun sup tu, tapi setiap kali nak makan, benda tu je yang saya akan order. Macam dah takde makanan lain dah... Hehehhe~~~ Lepas makan dan hilangkan lenguh kaki, sambung lagi jalan-jalan sambil makan ais krim... Memang seronok... Suka hati je nak pergi, tak perlu nak risaukan tentang orang lain nak pergi ke mana... =)


Target utama nak jalan-jalan hari ni adalah nak cari hand bag dan selipar... Tapi.. satu pun saya tak beli... Jalan-jalan, tengok-tengok dan makan je... Hehhehe~~~ Masa dah nak bayar kupon parking kereta dan balik, barulah saya ternampak kedai Limited Edition dan teringat yang saya dah lama ingin nak beli tali pinggang kulit kat situ... Ape lagi, yang nak di cari tak jumpa, benda lain la dibeli.. (^_^) Memang berbaloi la berjalan sampai kaki tu lenguh, sekurang-kurangnya ada benda yang dibawa balik... =)


Sebelum balik, perut lapar lagi laaa... Singgah pergi Hot & Roll, tapi tak tau nak beli ape... So panggil abang tu suggest apa yang sedap. Dia kata Chicken Cheese memang sedap, jadi beli tu je la 2 biji... Heheheh~~~ Makan dalam kereta sambil driving dan melayan kesesakan lalu lintas di petang hari. Sebab saya balik dalam pukul 5.30petang. Masa tu jalan memang sesak dengan kenderaan yang balik kerja... Tapi saya tak perlu nak stress, sebab layan makan chicken cheese time traffic jam... Hehheheh~~~ (^_^)

Cantik je tempat letak makanan kat tepi pintu... Hehhehe~~~
Hidup single memang seronok... Tak perlu nak berkepit masa yang tak perlu... Jalan-jalan tengok barang sampai berjam-jam pun tak kisah, sebab takde orang yang tunggu kita dan tak perlu ikut mana orang nak pergi.... Cuma pergi mana yang kita nak je... Lepas tu takde orang nak kongkong kita perkara yang tak perlu dikongkong... Lagipun kita keluar bukannnya buat jahat kan???... Hehheheh~~~

Tapi walau bagaimanapun... Kadang-kadang seronok jugak keluar dengan kawan-kawan dihujung minggu untuk beriadah, tengok wayang ataupun berkelah... Cuma ada masanya kita selesa berseorangan... Betul tak??? (^_^)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~