Saturday, March 24, 2012

Si Putih Kembali Menawan

Petang ni seronok bermain dengan si putih... Tengah hari tadi bawa si putih pergi car wash sebab dah lama tak mandi... Sibuk sangat a.k.a MALAS... hehehhe~~~ Tapi korang tau2 je la kalau warna solid jarang dicuci apa jadinya... Huuu~~~ Warna kotor akan menyerap masuk ke dalam cat tu... Kesan nya??? Cat kereta nampak berkerak dan warna kotor berbelang-belang walaupun dah dicuci betul-betul... Lebih-lebih lagi kalau kereta putih... Memang jelas warnanya berkerak, calar dan berbelang-belang... huhuhu~~~

Kereta abang yang masuk Auto-show Swinburne
Dalam minggu ni, saya tengok abang saya sibuk je wax, polish, buat sticker dan macam-macam kat kereta dia dengan kawan dia. Sebab kereta diorang nak masuk Auto-Show... Sebab tu la saya ada idea nak buat kat kereta sendiri... Kesian dah tengok si putih tu terbiar je... So, tengah hari tadi saya beli bahan untuk buat... =)

Ubat Si Putih
Actually saya tak tau nak buat benda alah ni... Biasanya ni kan kerja lelaki?? Kalau tak pun, orang perempuan akan hantar je kat kedai... Hehehhe~~~ Tapi takpe, memandangkan saya ni cerewet dan nak tengok hasil kerja sendiri, saya baca arahan dekat tin dan tiub tu betul-betul... Akhirnya menjadi jugak dan kereta saya nampak betul-betul berkilat dan warna kotor yang dah serap dalam cat tu pun hilang... (^_^) Dah bersih dan berkilat macam tu baru la nampak macam kereta anak dara... Hihihiii~~~ Jum tengok gambar sebelum dan selepas proses... =)

Calar yang teruk kat bahagian pembuka pintu kereta...

Calar dan warna kotor dah menyerap kat dalam cat...
Warna body kereta berbelang-belang sebab kotor dah menyerap kat dalam cat
Bersih kan??? Saya perlukan 3 jam nak buat seluruh kereta... Lambat sangat sebab terkial-kial dengan panas diluar rumah... Heheheh~~~ Tapi kerja ni tak boleh buat selalu... Sebab nanti cat kereta cepat faded... Benda ni kan menghakis... Kalau dah teruk sangat barulah buat... Selalu cuci pun dah ok, asal jangan sampai kotor tu menyerap kat dalam cat macam kereta saya ni... Hehhehe~~~
.

1 comment:

mike shinoda said...

jgn guna soft 99..brand ni terlalu menghakis n xtahan lama..nnti cat bleh cepat pudar..aku mmg dh lama ban brand ni..paling bagus guna meguiars..mahal sket tp hasil puas hati..step yg btul..memula polish dulu..utk hilangkan kesan calar n pudar...pastu wax..ni paling penting utk perlindungan pada permukaan cat yg telah dpolish td n memastikan kesan kilatan dpt bertahan lama

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~