Tuesday, April 24, 2012

Air Kelapa Petang

Petang-petang macam ni selalunya saya lepak dalam bilik je sambil online dan tengok TV... Tengah sedap-sedap online, tetiba terdengar bunyi... Gedupp~~ Gedupp~~
Jenguk je la kat tingkap bilik nak tengok... Rupa-rupanya ada yang tengah jolok buah kelapa... (^_^) Itu lah aktiviti orang rumah saya kalau petang-petang panas terik macam ni, lepak belakang rumah dan jolok buah kelapa...


Rumah saya masih rumah kampung, jadi suasana kampung tu masih ada lagi... Kalau kawasan bandar mana ada lepak belakang rumah jolok kelapa.... Hehhehe~~~

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~