Wednesday, April 18, 2012

Beralih Angin... Acai Berry

Jeng3~~~ Tukar lagi ke??? Hari tu ambik Herbalife kan??? Hurrmmm~~~ Herbalife pun ok jugak, berat saya turun sampai 2kg seminggu...Tapi~~~ saya susah nak kontrol makan laaa... Boleh turun sampai 2kg seminggu, tapi saya kena kontrol makan betul-betul... Teruk rasanya macam tu... Herbalife ni pelik, terlebih sikit je makan, naik balik berat... Walaupun yang kita makan tu sikit je kuantitinya, contohnya breakfast mee goreng dan lepas tu seharian tak makan.... Cuba amalkan selama 3 hari, mesti berat akan naik balik.... Tak dapat la macam ni... Tak kan la setiap kali keluar makan ataupun ada majlis saya kena tahan nafsu makan dan tengok je... Kalau iman tu kuat dan orang tak berkecil hati, takpe la... Tapi tak selamanya kita dapat macam tu... Betul tak??


Jadi, saya cari alternatif lain... Sekarang ni orang sibuk bercakap pasal Acai Berry... Semuanya komen dapat turunkan berat badan walaupun makan macam biasa... Jadi, apa lagi... Saya pun nak try la jugak... Stopkan dulu Herbalife, try ambik Acai Berry... Sekarang ni, saya cuma perlu turunkan berat yang terlebih je, lepas tu barulah saya akan kontrol sendiri tanpa makan apa-apa produk dan bersenam macam biasa... Kalau nak harapkan senaman je untuk turunkan berat 8kg yang terlebih tu memang payah la... Sebab tu la cari macam-macam produk untuk turunkan sekali gus, lepas tu barulah boleh kontrol sendiri... Petang ni nak pergi jogging dengan adik-adik... Chaiyok-chaiyok... (^_^)

Take Care People... =)

4 comments:

Aisya J said...

How? Jadi tak?

Yatt Moore said...

Jadi tu memang jadi. Turun 6kg dalam 2 bulan. Tp dh stop, sbb disahkan oleh kementerian kesihatan yg produk acai bery membahayakan kesihatan dan blh menyebabkn kematian. Sukatan dos yg x mengikut kesesuaian tubuh pengguna dlm produk acai bery blh mnyebabkn kidney failure.

Anonymous said...

betul ke...? jenama yg sama ke? saya baru je buat pembayaran sbb nk try acai berry nih...adeehhhh

Yatt Moore said...

apa2 brand acai berry... sama ada ABC or yang biasa... Kalau yang macam Monavie tu saya tak tau la pulak... Tapi, sebaik2nya kalau dah tahu, hentikan je lah demi keselamatan sendiri... saya pun dh buang 2 botol stok... ingatkan nak beli banyak senang kalau habis, tapi bila dh dengar macam ni, tak brani dh...

SOURCE : http://mynewshub.my/2012/03/05/produk-pelangsing-acai-beri-dirampas/

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~