Thursday, April 26, 2012

Jom... Jelajah Janji Ditepati di Sarawak

Malam tadi kitorang ada briefing untuk Program Jelajah Janji Ditepati yang akan diadakan pada  28-29 April 2012 (Sabtu & Ahad) ni diperkarangan Bangunan Wisma Bapa Malaysia... Saya sendiri akan berkerja a.k.a jadi krew untuk Booth PR1MA (Perumahan Rakyat 1 Malaysia).
.
Saya cuma fokus kepada PR1MA je... Sebab booth tu yang akan saya jaga, jadi saya tak sentuh cerita tentang booth lain sebab saya sendiri belum tahu apa lagi yang ada pada hari tu nanti...
.
Mula-mula saya join sebab ingatkan aktiviti ni santai-santai je macam Jum Heboh... Lepas briefing malam tadi barulah tahu rupanya ni program 'serius'... Memanglah program tu macam Jum Heboh, tapi bukan di booth kami nanti... Huhuhu~~~ Serius tu maksudnya kami kena jaga Attitude, Imej, Protokol dan Pandai bercakap untuk mempromosikan PR1MA... Sebab booth ni akan jadi tumpuan VVIP terutamanya YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan banyak lagi menteri-menteri lain... Dah nama pun 1 Malaysia, mestilah ada kaitan dengan Program Kerajaan, saya tak terfikir pun... (-_-)
.
Apa itu PR1MA?

Satu program kerajaan yang mensasarkan golongan berpendapatan sederhana (RM2500-RM7500) untuk mendapat hak milik rumah sendiri yang mampu milik dalam lingkungan harga RM100000-RM350000 dan akan dibangunkan di bandar-bandar utama seluruh negara. Juga berkerjasama dengan pemaju perumahan dari sektor swasta dalam menyediakan rumah mampumilik. (**bukan rumah kos rendah)

Harga Istimewa untuk Bumiputera?

PR1MA hanya menawarkan rumah pada harga yang lebih rendah berbanding perumahan lain dalam lokasi yang sama. JADI, harga yang ditetapkan adalah sama untuk setiap rakyat.

Nak tahu lebih lanjut, hadirkan diri ke Program Jelajah Janji Ditepati dan datang ke Booth PR1MA.

Jadi apa tujuan booth PR1MA dalam Program Jelajah Janji Ditepati nanti?

Nanti, diorang akan menyediakan Borang Kaji Selidik untuk semua orang awam yang datang. Tujuannnya adalah untuk mendapatkat survey, mengenalpasti jenis keluarga dan lokasi pilihan penduduk di Sarawak untuk Perumahan Rakyat 1 Malaysia. Jadi, luangkanlah masa untuk mengisi borang kaji selidik tu yerr... Jangan la kedekut dengan masa 2-3 minit untuk isi borang tu... Soalan pun senang je, takde nak belit-belit.. (^_^) Selain tu ada aktiviti permainan Lego dan hadiah untuk kanak-kanak... Tak rugi pun kalau korang datang...

Take Care People... =)

2 comments:

Anonymous said...

fienaz NIe~nak tanya mcm mana nak apply permohononan PR1MA nie?boleh x email pada saya?saya di kuching Sarawak. fienazadek@yahoo.com

Yatt Moore said...

Salam... Saya jawab dalam ni dulu yee... Supaya kalau ada sesiapa yang lain nak tahu boleh baca sekali..

Masa promosi d booth hari tu.. PR1MA sedang jalankan kaji selidik untuk penduduk di sarawak... Pembinaan rumah atau kawasan masih belum dikenal pasti lagi, sebab tu la kena dapatkan survey dulu... Diorang nak tahu bagaimana jenis permintaan majoriti penduduk di sarawak... Mengambil masa jugak dalam 2 ke beberapa tahun... Kajian kena dibuat sebelum nak mulakan sesuatu...

Jadi...Kalau mereka dah mulakan projek nanti, mereka akan iklankan dan pastikan orang awam tahu... Sama ada di radio, TV, surat khabar atau apa2 cara... Kalau boleh rajin2lah jenguk laman web www.pr1ma.my...

Kalau dah ditentukan nanti bila dan dimana...cara nak apply semuanya ada di laman web... Apply secara online...

Dan satu lagi...Ini bukan rumah kos rendah atau rumah mesra rakyat... Dah banyak orang keliru tentang hal ni...

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~