Saturday, April 21, 2012

Polis... Hurmm~~~ Nak Cakap Apa???

Petang tadi jalan-jalan macam biasa dengan adik... Tiba-tiba je masa tengah cari parking, adik saya membebel dan bising macam-macam di belakang... Mula-mula tak tau pulak kenapa, rupa-rupanya dia tengok kenderaan polis parking kat tempat zon tayar berkunci a.k.a zon larangan parking... Memang prihatin adik saya tu kan?? (^_^)

Saya malas nak komen banyak... Korang tengok dan buatlah penilaian sendiri... Kalaulah kenderaan kita yang parking kat situ, korang agak apa yang akan jadi??? Hurrmmm~~~


Masa kami baru datang, kereta memang dah parking kat situ... Masa balik pun masih lagi kat situ... Kami tak lama, jalan-jalan cari kasut je... Agak-agaknya diorang tengok wayang kot, tu la pasal lama sangat... Hehheheh~~~

Take Care People... =)

1 comment:

Sis Ezi said...

BJam2 kta dalam ya x blit gk polis ya..nak kta nya ada nak nangkap org lam thespring ya..x da alu tgk kelibat org rami...mmg nya gk shopping sale kli...adehh...

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~