Tuesday, May 15, 2012

Beauty is PAIN... Slimming Sanctuary (-_-)

Betul kata orang... Beauty is PAIN... Teramatlah azab dan sakit kalau nak cantik... Huuu~~~

Slimming Sanctuary @ Hills Shopping Mall
Sabtu lepas saya pergi Slimming Sanctuary @ Hills Shopping Mall untuk ambil promotion package... RM38 je... Tapi saya ada tambah untuk complete EMS dan Hot Blanket yang takde dalam promotion tu... Jadi total semua dalam RM237... Apa lagi, nak try la sebab nak tau betul ke tak boleh kurus dalam 1 sesi...

Mula-mula kena timbang dulu dan diorang terangkan apa masalah sebenar, dan diorang kata dalam tubuh saya ada banyak toxin. Mungkin jugak disebabkan persekitaran kerja saya yang bermain dengan bahan kimia dan Slimming Product yang saya ambil... Bla~~ Bla~~ Bla~~~ Berat sebelum sesi 67.6kg... OK.

Mandi Wap... (-_-)
Mula-mula, masuk kat dalam bilik Steam Bath dulu untuk 30minit... 10minit pertama ok lagi, masih boleh terima dan BERNAFAS... Tapi lepas tu saya dah mula pitam dan tak boleh bernafas... Mulalah terfikir, kalau mati dalam ni nanti macam mana??? Heheheh~~~ Apa lagi, saya pegi buka pintu bilik steam bath tu perlahan-lahan dan bagi wap tu keluar semua dari bilik... Hehhehe~~ Nasib takde mana-mana pekerja yang tengok, pastu tutup la balik dan ulang lagi bila wap dan menyesakkan dada... Hehhehe~~~ (^_^)

EMS... Menipu je pompuan dalam gambar ni senyum. Padahal SAKIT...
Bila diorang ketuk bilik Steam Bath bagitau dah selesai, saya tersenyum dan cepat2 nak keluar... (^_^) Then rehat dulu sebelum proses yang kedua, EMS (Electronic Muscle Stimulation) yang juga 30minit. Agak menyakitkan sebab rasa macam elektrik je yang mengalir kat dalam badan untuk memecahkan lemak, membetulkan pengaliran air dalam tubuh dan mengeluarkan toxin... Kemudian saya fikir lagi... Kalaulah menyakitkan macam ni, kenapa masih ada lagi yang sanggup datang ke slimming program macam ni untuk jadi kurus??? (-_-) Sepanjang 30 minit dengan sengatan tu memang tak boleh nak duduk diam, asyik berkerut je muka tahan sakit... Aduiii~~~

Body Wrapping & Hot Blanket
Beepp~~ Beepp~~~ Yeayyy~~~ Dah berakhir rupanya azab ni... Hehhehe~~~ (^_^) Belum habis lagi, ada satu azab lagi... Selepas dikarankan, diorang sapu Body Contour Cream dan buat Body Wrapping macam ala-ala balut KEK... Hehhehe~~~ Bila tengok dalam cermin, saya tergelak bila tengok macam ni rupanya manusia dijadikan kek yerr... (^_^) Lepas dijadikan KEK HIDUP, dimasukkan pulak ke dalam OVEN... Hehehhe~~~ Bukan Oven, Hot Blanket yang panas macam oven... (-_-) 45minit "Body Wrapping" dan dibaringkan dalam "Hot Blanket" dan amat MERIMASKAN dengan peluh yang tumpah macam kena simbah dengan air baldi je... Makkk~~ Tolongg~~~ 10minit pertama saya masih boleh tidur sebab masih boleh bertahan. Lepas tu dah tak boleh dan mengelepur macam cacing je nak lepas, tapi tak boleh lepas sebab Hot Blanket tu diikat dari luar dan saya ditinggalkan sorang-sorang je... Rasa macam nak mengangis dah... Azab panas dan rimas selama 45minit tak boleh bergerak cuma Allah je tahu... Sabar~~~

Beepp~~ Beep~~ Huhhh~~~ Tamat jugak akhirnya... Bila kakak bukak Hot Blanket saya, kakak tu dah senyum-senyum bila tengok plastik yang bungkuskan saya tadi dah terlepas dan koyak-koyak... Hehhehe~~~ Tak boleh nak dok diam, tu la pasal jadi hancur... (^_^)

Serius saya katakan... inilah kali PERTAMA dan kali TERAKHIR saya pergi ke SLIMMING PROGRAM.... Saya tak sanggup dengan azab 2 jam lebih proses tu... Betul tak sanggup... Kalau korang nak sangat, try la... Saya menyesal... (-_-)

Tapi hasilnya memang ada walaupun sedikit... SEBELUM sesi, berat saya 67.6kg, SELEPAS sesi berat saya tinggal 66.7kg... Hilang 900g dalam masa 2jam... Banyak tu tau... Tapi azabnya pun boleh tahan... (^_^) Takpe, belajar dari pengalaman. Kalau dah tahu azab macam tu, barulah berjaga-jaga masa makan... =)
Take Care people... =)

2 comments:

purpleryna said...

betul ke hazab? sy ada amik program nie jugak tp xda xpires date hehe

Nurhayati Morshidi said...

azab... saya tak tahan...
sakit sangat rasanya...exspecially yang hot blanket & steam bath... mmg saya tak sanggup nak buat lagi... =)
tapi kalau awak nak try apa salahnya... seronok jugak merasa sekali... =D

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~