Thursday, May 17, 2012

Buat Reminder Kalau Pelupa

(-_-) Pagi tadi seronok je online... Tup-tup Bert masuk cerita pasal dia pergi "Peperiksaan Perkhidmatan Awam" semalam kat Politeknik...

Hah??? Apasal saya tak tahu benda tu???? Bukan kami sama isi online ke hari tu?? 

Slip Peperiksaan
Dengan rupa yang blurr saya tanya macam mana dia tahu dia ada exam semalam?? Rupa-rupanya kena cek online dan ALERT sendiri... Saya pulak ingatkan tunggu surat datang baru pergi exam... Aduiii~~~ Ketinggalan betul... Tak tahu pun kena cek online... Sedehnyaaa...

Jadi, terpaksa la tunggu sesi yang ke-2 bulan 10 nanti... 3 Oktober 2012 (-_-) Hampeh...

BUAT REMINDER BESAR-BESAR KAT WHITE BOARD DEPAN MEJA TUUU~~~ 

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~