Friday, May 18, 2012

Father's Day... Stress..

Ohhh~~~ Tidakkk~~~ Semakin dekat nak Father's Day, semakin tensyen jadinya... (-_-) Tolong lah... Nak buat apa ni??? Uhukkk~~~ =(
Saya stress bukan sebab tak suka... Tapi stress sebab risau... =( Saya nak buat apa untuk hari tu??? Bagi lah idea... Actually benda tu tak menjadi masalah pun, yang penting anak-anak ingat, ikhlas, hargai dan sayangkan Ibu Bapa... Tapi~~~ Kena jaga hati jugak... Saya tak nak bapak saya berkecil hati...

Nak tahu kenapa takut bapak berkecil hati??? Sebab.... Masa Mother's Day hari tu, saya dan adik-adik bawa mak dan bapak pergi makan malam di Beach Seafood dan belikan kek untuk mak... Tenok dalam entry ni >>>MOTHER'S DAY<<<
Malam tu special sebab kami buat surprise untuk mak... Jadi, bila Father's Day, kami kenalah adil untuk bapak... Kalau buat biasa-biasa je untuk bapak, memang seorang bapak akan kata tak kisah. Tapi dalam hati dia kita tak tahu... (-_-)

Tapi, tak kan nak buat benda yang sama untuk bapak... Tak best nyerr... Mula-mula ingat nak bawa pergi SteamBoat... Tapi, bapak tak minat Steamboat... Habis tu nak buat apa??? BBQ di rumah??? Adil ke macam tu??? Mak bawa makan di luar, Bapak pulak makan-makan di rumah... Hurmmm~~~ Serabut dah otak... Kalau buat sekali gus hari tu kan senang... Hhehehe~~~

Think Yati Think~~~~

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~