Thursday, May 17, 2012

Jatuh Cinta dengan Casio Tuuuu~~~

Hari tu jalan-jalan lepas balik dari kerja singgah kat kedai jam... (^_^) Seperti biasa, saya tak kan pandang jenama lain... =) Sebab saya ni peminat setia Casio... Ohhh~~~ Casio... Hehhehe~~~

Apasal Casio??? Entah... Saya dah pakai Casio dari kali pertama saya pandai pakai jam... Lagipun Casio ni tahan lasak... Saya jenis yang pakai jam TAK PERNAH buka dari hari pertama di beli sampai la habis bateri... 2 ke 3 tahun kot... Bukak kejab sebab nak bersihkan ke, lepas tu pasang balik... Even pergi mandi atau berenang air masin atau tawar, memang tak pernah bukak dan TAK PERNAH ROSAK... (^_^) Tak kira Casio mahal atau murah, semuanya tahan....Sebab tu la saya sayang casio... =)

Jenama lain saya tak percaya dan tak minat... Harga je mahal macam emas, tapi bila bawa pergi piknik dan lupa nak buka masa berenang, mulalah air tu berenang jugak masuk dalam jam... Hehehhe~~~ Saya tak tipu sebab adik saya ada yang pakai jenama Solvil Titus, Elle, Puma dan entah apa lagi... Hehe... Semuanya tak dapat nak diharap... Mulalah berwap kat cermin dia bila bawa pergi berenang... Casio jugak yang TERBAIK kan??? Heheheh~~~

Jadi, masa jalan-jalan hari tu, saya jatuh cinta bila ternampak 2 biji jam Casio ni baring-baring kat dalam cermin... Satu jam lelaki dan satu jam perempuan.... (^_^)

Jam hitam ni saya suka sebab rupa dia still trendy walaupun tali lather... Pastu tali dia tutup guna klip, tak payah nak cucuk-cucuk lubang... (^_^)
CASIO EF-527L-1AV EDIFICE Chronograph Slide Rule and Black Leather Strap 

Jam putih ni saya suka rupa dia yang masih macam jam analog biasa, tapi tali plastik macam jam budak-budak... Hehhehe~~~ Saya tak pernah pakai jam tali plastik, sebelum ni semua stainless-steel je... First try... (^_^)

CASIO LTP1331-7AV SPORT Gold-Tone Bezel and White Resin Strap

Aduiii~~~ Geram betul nak beli... Harga pun takde la mahal... Tapi memandangkan time ni tengah bulan dan lama lagi nak tunggu gaji, saya tak boleh lah nak beli.... (-_-) Sedihnya...

TAPI kannn...Jam tu tak kan kemana punya... Dia akan tunggu saya sampai hujung bulan... Hehehhe~~~ Nak tau kenapa??? Sebab saya dah bagi deposit kat tauke kedai suruh simpan kedua-dua jam yang membuatkan saya jatuh cinta tuu... (^_^) Bijak tak... Kihkihkih~~~~ Sabar je laaa... Tak lama lagi kedua-dua tu akan jadi milik saya... (^_^)

Ni Casio yang ada sekarang ni... Dah bertahun-tahun kumpul... Semuanya lebih kurang je rupa...Cuma warna dan bentuk je lain-lain... Sebab tu la nak try patern lain la pulak... Asyik sama je... (^_^)


Cepat la hujung bulan... Ngeee~~~ (^_^)
Take Care People... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~