Saturday, May 19, 2012

Jom Neutral...Kurangkan Make-up

Kurangkan make-up??? Yupp~~ Kena buat walaupun mungkin tak selesa dan jadi kurang keyakinan diri... Tapi tu untuk kebaikan sendiri... Kalau sentiasa make-up tebal dan heavy, nanti seri muka tu akan hilang... Kalau dah jadi macam tu, setiap kali kita tak pakai make-up, orang akan nampak muka kita macam hantu sebab dah pucat lesi dan takde seri lagi... Kalau sekali sekala untuk datang ke majlis tertentu, mungkin tak kisah sangatlah...

Macam mana nak kurangkan???

Dulu saya sendiri pun jenis gila make-up dan jadi mak andam part time... Minat tu ditambah membuak-buak bila lepas SPM saya berkerja di Saloon. Kalau kerja saloon paham-paham je la macam mana... 24jam kena jaga penampilan... Tapi tu dulu...Sekarang takde dah semua tu, mungkin sebab dah muak kot... Imagine je la kalau saya dah mula tebal-tebal sejak tahun 2006 (Lepas habis SPM)...

Ni la benda-benda yang saya pakai sebelum ni... Boleh dikatakan setiap hari walaupun hanya untuk datang kuliah je... Hurmmm~~~ Takde faedah pun... Tapi kadang-kadang seronok jugak bila duit masyuk untuk mengandam orang... (^_^)

Complete dari A-Z...
Untuk Rambut pun ada...


Sekarang apa yang saya pakai hari-hari??? Tinggal 3 benda ni je... =) **untuk pergi kerja dan jalan-jalan**

Dipakai untuk pergi kerja dan berjalan-jalan... =)

Macam mana nak buat dan mula kurangkan bersolek tebal???

Cuba fikirkan... 
  • Kenapa nak buat tebal-tebal???
  • Tak ke buang masa dan duit kalau macam ni???
  • Kita dilahirkan dengan kecantikan asli yang tersendiri... Kenapa tak jaga keaslian tu betul-betul supaya kita memiliki NATURAL BEAUTY dan bukannya nampak cantik disebabkan solekan.
  • Daripada beli alat solek yang mahal, pelbagai dan membuatkan muka kita menjadi kertas lukisan yang diconteng dengan bahan KIMIA. Kenapa tak beli 1 atau 2 benda untuk menjaga kecantikan asli tu supaya tak dirosakkan???
  • Cuba tanya pada pakwe atau suami, diorang lebih suka tengok kita dengan Kecantikan Asli ataupun muka yang ditempek tebal??? Saya rasa, jawapannya mesti yang asli... =)
  • Dari segi fakta dan kajian, kulit yang kerap disolek akan lebih cepat berkedut dan lebih tua dari usia asal.
  • Korang rasa seronok ke bila setiap hari orang puji korang cantik??? Tapi hakikatnya tu cuma make-up dan bukannya asli.

Clean and Clear... Just Olay... =)

Memang betul kalau kita dah biasa bersolek, tapi tiba-tiba tak pakai, tentu akan jadi rimas dan tak yakin dengan penampilan... Mungkin disebabkan kulit tu dah nampak agak kusam dan pucat disebabkan bahan kimia yang hari-hari disapu pada kulit... 

Jadi...Mulakan dengan mengurangkan satu persatu benda yang kita pakai. Mungkin boleh dimulakan dengan bedak yang selalunya tebal, pakailah dengan nipis... Step by step... Tak perlu lakukan dengan drastik... Dalam masa yang sama... Cuba baiki semula wajah yang dah kusam tu... Kurangkan beli alat solek, tetapi belikan krim atau treatment untuk kembalikan seri wajah... 

Saya sendiri pun buat perkara yang sama sebab kulit saya pun dah hilang seri dan jadi kusam... Jadi, apa yang saya buat ialah saya pakai Olay untuk pulihkan kulit secara semula jadi... Saya tak nak pakai benda yang banyak jenama dan mahal-mahal... Biar simple je sebab tak nak kulit jadi lebih rosak... Walaupun lambat, tapi takpe untuk kebaikan jangka masa panjang...

Kalau ada jenama lain yang lebih sesuai untuk korang, pakai la benda tu... Tak semestinya kena guna Olay... Lain orang, lain jenis kulit dan keserasian benda yang dia pakai... =)

Keaslian adalah Kecantikan Sebenar.... (^_^)

5 comments:

Srikandi Utara said...

sokong statement awak... natural beauty mmg lbh ptg..

.ciknoey. said...

yeah natural beauty tu yg bagos..
mmg tak suke tgk owg yg solek tebal2 then kene puji cantek.tu tak ori...
lw hilang mekap die, abes laa pucat cm mayat.. brr.. :p

Yatt Moore said...

betul3~~~ =) dengan mekap tebal ditambah dgn contanct lens, dh macam barbie je muka... Cuba kalau cuci muka tu... Tak boleh nak bayangkan macam mana... Semuanya hanya palsu... Huhuhu~~~
Kalau macam Nora Danish mmg cantik, takde mekap pun muka dia mmg dh macam barbie... Hehhehe~~~ (^_^)

Anonymous said...

olay 2 pun bleh tahan bhn kimianya... smbil mencerah ia menipis kan kulit...

Yatt Moore said...

Mmg btul ckap awk... Tak dpt nk lari dr bahan kimia 100%... Tp sekurang2nya x la sebanyak apa yg saya guna sblm ni... ;-)
Kalau x pakai apa2 langsung pun x blh, nnti kulit terdedah dgn habuk dan kotor. keluar jerawat plak... ;-)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~