Tuesday, May 29, 2012

Kek Lapis Strawberry Basah

Kek Lapis Strawberry ni first time saya buat dan sangat sedap... Walaupun kek ni dibakar, tapi still lembab mcm kek kukus... (^_^) Kalau ingin, bolehlah cuba sendiri.... Kebetulan saya buat untuk Gawai ni... =)

Kek nampak berbulu-bulu sebab potong guna pisau tumpul... Hehhehe~~~ =)
Sebelum tu, saya nak bagitau cara saya sukat bahan cuma guna Measuring Cup je... Cup tu memang tepat dan senang nak pakai, tak perlu timbang-timbang dan sukat. Untuk adunan kek saiz 7x7 inci ni, saya guna cup warna hijau, ada tulis 118ml (118g) kat situ...

Baking Measuring Cup
Bahan-bahan :

250g Butter Cup
300g Tepung gandum
5 biji telur
118g (Cup Hijau) Gula, Horlick, Susu pekat, Sekaya dan Jem Strawberry
Pewarna pink

Cara-cara :

1. Pukul Butter, Gula, Telur, Horlick, Susu pekat sampai betul-betul sebati dan kembang.
2. Asingkan adunan kepada 2 bahagian (Adunan A dan Adunan B) **Pastikan adunan sama banyak**
3. Untuk Adunan A, masukkan Sekaya dan pukul sampai sebati.
4. Untuk Adunan B, masukkan Jem Strawberry dan pewarna pink, pukul sampai sebati.
5. Panaskan oven dengan suhu 150c dan gunakan api di atas. **Alihkan besi didalam oven supaya acuan menjauhi pemanas.
6. Kalau nak lapisan nampak cantik dan masak dengan sempurna, buatlah lapisan yang nipis. Saya cuma gunakan Cup Hijau (118g) untuk semua lapisan.
**Sekiranya lapisan terlalu tebal, permukaannya akan nampak kekuningan tetapi bahagian dalam masih mentah.
7. Ulang sehingga semua adunan habis. Setelah lapisan terakhir masak, tukar api kepada api bawah selama 5-10minit dengan suhu yang sama untuk membiarkan dasar kek cukup kering. SIAP!! (^_^)

Lapisan yang saya buat agak terumbang-ambing sebab nak cepat siap... heheheh~~~
Jum buat kek... (^_^)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~