Tuesday, May 8, 2012

Surprise..!!! Happy Birthday Kak Sabby

Happy Birthday Kak Sabby, Yang ke 39 tahun... (^_^) Ahad lepas sebenarnya... Tapi baru je dapat ambik gambar ni dari camera adik... =) 


Ahad lepas 6 Mei 2012, bersusah payah je saya dan adik-adik pam 500 biji belon... Sebab abang nak buat surprise kat isteri dia dan buat majlis tu macam hari jadi kanak-kanak walaupun umur Kakak dah masuk 39 tahun... (^_^) Azab tau nak pam belon banyak macam tu... Kalau pam guna compressor tu takpe la jugak. Tapi ni pam pakai pam tayar basikal... Hahahahah~~~ Gun compressor bapak tak tau pulak mana letak... Jadi, hasilnya tak sampai la 500 biji, kami dah tak larat lagi... Dalam 300 lebih biji je yang kami mampu... (-_-)

Dalang budak kecik... (^_^)
Memandangkan kami ni bukanlah penghias majlis yang professional, jadi hasilnya tak la seperti yang diharapkan... hehehhe~~~ Yang penting usaha dan kerjasama nak buat tu ada... Lepas siap-siap mak masak dan kami pun dah siap mengemas, tugas adik saya pulak untuk ajar yang kecik-kecik macam mana nak sambut kakak kat depan pintu nanti... (^_^)

Diorang dah ready dengan Party Poppers... =)
Jenguk2 mak diorang kat tingkap... =)
Tu dia... Kakak dan Abang saya dah balik rumah... Anak-anak dia dah penat menunggu di rumah... Hehehhe~~~ Anak sulung dia bawakan Kek Bunga Matahari sebab kakak sangat suka dengan Bunga Matahari...  (^_^) 

VIP dah sampai... =)
Tadaaaaa~~ Happy Birthday!!! Blurr sebab tangan adik shaking ambik gambar.... Hehhehe~~~
Tadaaaa... Pasang topeng dulu yerr... (^_^)
Selesai tiup kek apa lagi... Jum makannnn~~~~ Happy Birthday Ke-39 Kak Sabby... (^_^) Semoga Kakak gembira sebab anak-anak dia susah payah tolong sediakan macam-macam... Hhehehe~~~
Boleh tak kalau saya pun nak Birthday macam ni??? Hurmm~~~ Sapa la sudi nak buatkan untuk saya yerr... =)

Take Care People... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~