Sunday, June 17, 2012

Cuma Nak Disayangi, Dicintai, Dihargai..

Assalamualaikum... (^_^) Selamat Hari Bapa untuk semua bapa diseluruh dunia... Pagi ni saya ada terbaca satu cerita dan nak kongsikan untuk semua...


Ada sepasang suami isteri yang hidup mereka sangat bahagia walaupun jauh dari anak-anak mereka... Pada suatu hari, isterinya sakit secara tiba-tiba dan terus meninggal dunia.. Selepas kejadian itu, perangai dan kelakuannya berubah menjadi aneh... Kematian isterinya amat mengganggu perasaan dan jiwa lelaki tersebut, sehingga dia merasakan hidupnya dah tak bermakna lagi tanpa isterinya di sisi...

Pada suatu malam, dia telah menulis sepucuk wasiat dan dihadapannya ada sebotol racun... Sambil memegang botol racun tersebut dan termenung, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Bila diangkat telefon, dia terdengar suara anaknya. "Ayah, saya ingin balik dan menjaga ayah". Lelaki ini terasa sebak dan terus membatalkan niatnya untuk meminum racun. Dia merasakan hidupnya sangat bahagia serta masih disayangi dan dicintai... Lepas kejadian itu, lelaki ini menceritakan kepada kawannya satu perkara yang amat berkesan sehinggakan dia membatalkan niatnya untuk membunuh diri... Ia bukanlah kerana harta, takhta atau wanita... Tetapi ia disebabkan perasaan disayangi, dicintai dan dihargai...

Kita semua ingin rasa disayangi dan dihargai...Apatah lagi ibubapa kita... Semoga kita mengambil pengajaran dari cerita ini... (^_^)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~