Monday, June 25, 2012

Dia Nak Tunjuk... Part 2



Minggu dan bulan yang sangat menyakitkan... Saya tak tau macam mana nak hadapi perkara ni sorang-sorang... saya tak mampu nak berkongsi dengan sesiapa dan tak boleh nak berkongsi dengan sesiapa... Biarlah apa yang berlaku berlalu pergi dan selesai....

Mula membengkak dan tak boleh nak gerakkan jari kecil
Sakit teramat sangat bila hati dan kesabaran kita diduga...Sehinggakan saya hampir patahkan tangan saya sendiri malam tadi... Nasib baik tak serius dan cuma terseliuh dan retak sikit... Saya tak tahu macam mana nak kongsi dan dengan sapa saya nak kongsi... Sebab tu lah berat saya turun mendadak akibat stress melampau... Hilang 3kg dalam masa seminggu... Mengalahkan pengguna HerbaLife atau mana-mana pengguna produk slimming lain..

Perkara ni berkaitan maruah banyak pihak, saya tulis kat sini tapi saya masih tak mampu nak ceritakan apa perkara sebenarnya terjadi... Cukuplah saya   dapat melepaskan sedikit tekanan dalam entry ni daripada disimpan dan menyebabkan saya sendiri jadi gila...

Alhamdulillah segalanya selesai tengah hari ni walaupun bukan dengan cara yang baik... Segala api terpendam yang saya simpan dalam diri akhirnya terlepas jugak hari ni dan membuatkan saya lega dari memelihara diorang kat dalam tubuh hampir sebulan...

Saya harap apa yang berlaku membuka mata dan beri kesedaran kepada dia... Hilang segala harga diri saya dengan memaki hamun dan pukul orang semata-mata nak lepaskan syaitan yang bersarang dalam hati ni... Segala perangai yang dah lama saya sembunyikan dan tak ada siapa tahu akhirnya terlepas jugak...

Apa yang saya perlu buat sekarang ni cuma nak bersendirian dan tenangkan hati... Beristighfar dan ingat pada Allah... Apa yang terjadi sekarang ni adalah petunjuk dari Allah untuk membuka mata saya dan memberi kesedaran pada insan berkenaan... Semoga kami dalam lindungan Ilahi... Amin...

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~