Tuesday, June 26, 2012

Dia Nak Tunjuk... Part 3

Selamat pagi dan Assalamualaikum... Hari ini dan pagi ni rasa lebih tenang dari hari-hari sebelumnya yang membiulkan dan menyakitkan... Mungkin apa yang dah jadi selama ni memberi pengajaran dan cara Allah untuk sampaikan sesuatu kepada "kami"...


Dikala kita inginkan kebahagiaan, sentiasa ada pihak yang tak akan senang duduk dan sentiasa mencari jalan untuk memporak perandakan dan memecah belah kita...Tak kiralah dengan cara apa sekali pun sama ada menghasut dan melakukan sesuatu yang tidak pernah kita jangka....

KAMU....
Jika kamu fikir dengan melakukan perkara tersebut dan menghasut pelbagai akan dapat memecah belahkan kami... Kamu silap...Kamu telah membuka mata dan memberi kesedaran betapa kami amat saling memerlukan... Semakin banyak dugaan yang datang dan semakin besar musibah yang melanda akan menjadikan kami lebih kuat untuk memelihara antara satu sama lain...
Walaupun pernah terkeluar kata-kata serta berlakunya perkara yang tidak sepatutnya, dan perkara itu telah membuatkan kamu gembira dan menyakitkan saya, tapi perkara itu lah yang menyedarkan betapa besarnya kesilapan yang kami buat sebelum ni... Pada mata kamu segalanya hanyalah lakonan semata-mata, tapi hakikatnya kami lebih tabah dari apa yang kamu fikirkan dan hanya kami yang memahami apa yang telah berlaku disebaliknya.... kami hanya tersenyum...

Allah menurunkan dugaan setimpal dengan kemampuan hambanya... Dengan apa yang berlaku akan mendekatkan kita pada Allah... Mungkin ini adalah cara Allah memberi Hidayah padanya serta membuka hatinya ikhlas untuk menerima Islam dan menjadi pembimbing saya satu hari nanti... InsyaAllah jika diizinkan...
Segala yang berlaku telah dirancang oleh Nya... 


Ada cerita suka dan duka telah mengajar kami untuk terus kuat menghadapi hari...
Ada peristiwa luka yang mendidik dan menjadikan kami tabah...
Ada kenangan yang harus dilupakan untuk memulakan hari baru...
Ada kisah yang masih mampu membuat kami tersenyum dalam meniti hari...
dan...
Ada perkara yang lebih mendekatkan kami pada Allah...

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~