Wednesday, June 20, 2012

Dia Nak Tunjuk...Part 1

Sejak 2 hari ni perasaan bercelaru... Fikiran berserabut bila hal terbongkar... Ada sesuatu yang terjadi antara kami dan payah saya nak terangkan... Perasaan yang amat menyakitkan sama seperti apa yang pernah saya rasa sebelum ni... Mungkin kali ni tak berat sangat sebab dah biasa merasa sakit... Apa masalah tu tak perlulah saya nak sebut, saya tak nak aibkan sesiapa...

Tapi petang ni rasanya dah lega sikit walaupun belum sepenuhnya... Mungkin Allah nak tunjuk sesuatu kat saya... Mungkin kalau saya tak rasa sakit macam ni, saya tak nampak dan buta hati... InsyaAllah orang yang saya baru bercakap dengan saya tadi boleh membantu saya satu hari nanti... InsyaAllah...Kalau diizinkan perkara tu berlaku... Doakan je lah walaupun yang membaca entry ni macam blurr dan tak tau apa yang jadi...

Doakan semuanya baik-baik je, k... Amin...



No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~