Tuesday, June 12, 2012

Kek Pisang Mak Auntie

Kek Pisang Lembab... =)
Minggu lepas, petang-petang pegi jenguk auntie sebab nak gunting rambut dia... Terjumpa pulak auntie tengah buat kek pisang yang sedap ni... Betul sedap dan lembut macam kek span, lepas tu kat atas permukaan kek tu lembab je... Nyum~~ Nyum~~ Nyum~~ Jum kongsi resipi... (^_^)


Bahan-bahan (Acuan 9x9 inci) :
700g pisang (Pisang hotel lebih sedap dan manis)
400g gula
6 biji telur saiz besar (7 biji telur kecil)
500g tepung
1/2 (setengah) tin susu cair
250g minyak jagung / minyak masak
1 sudu besar serbuk penaik



Cara-cara :
1. Lenyekkan pisang sampai hancur dan pukul bersama gula.
2. Masukkan telur dan pukul sehingga betul-betul kembang, kemudian barulah dimasukkan susu cair, tepung gandum dan serbuk penaik dan pukul lagi sampai kembang.
3. Setelah semua sebati, masukkan minyak jagung dan gaul sampai sebati.
4. Tuang ke dalam loyang saiz 9x9 yang telah di lapis dengan kertas minyak supaya kek tidak melekat
5. Bakar dengan suhu 180°c selama 60 ke 90minit dengan api bawah sahaja. 
 **Cucuk dengan lidi untuk memastikan kek sudah masak.


Kek Pisang Lembab
Tadaaa~~~ Ni la hasilnya... Sedap... (^_^)
Take Care People... =)

2 comments:

adda syuhada said...

sedapnya nmpak kek tu...

Yatt Moore said...

Jum la try buat... =)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~