Sunday, June 3, 2012

My First Gawai... Seronok...

1 Jun 2012 lepas, pukul 5.20 pagi saya dan adik dah berangkat dari Kuching nak ke kampung Dia di Sematan sebab nak sambut Gawai... Redah je lah walaupun hati takut2 sebab dengar macam-macam kes rompakan kat jalan sunyi. Nasib baik ada adik temankan dan ada jumpa beberapa roadblock dalam perjalanan... Kalau jumpa roadblock tu maksudnya selamat la, kami tak keseorangan la time tu... Hehhehe~~~

Saya datang ke kampung bukan dengan tangan kosong... Saya bawa kari daging, kuah satay, ketupat nasi dan 3 biji kek lapis... (^_^) Makanan lain-lain kaum dan perayaan kan tak sama... Diorang rasa masakan kita, kita rasa masakan diorang... Ni lah kali pertama saya sambut Gawai, sebab sebelum ni memang tak pernah. 

Sekarang ni zaman dah moden, kita boleh bayangkan Gawai tu macam Hari Raya jugak... Tak banyak bezanya Sebab diorang pun ada datang ziarah menziarahi dan hidangkan kek atau biskut macam Hari Raya.  Kalau nak merasa suasana Gawai tradisional, kena pergi ke rumah panjang. Kat situ barulah boleh nampak macam-macam adat tradisional bangsa diorang. Kalau tak, rasa macam Hari Raya jugak la... Cuma bezanya, setiap rumah ada hidangkan makanan berasaskan beras atau nasi yang dimasak menggunakan daun dan pelbagai cara... Gawai kan ada kaitan dengan "Semangat Padi", mungkin sebab tu la kot dan saya tak pasti sangat... Diorang kata Gawai ni perayaan adat. Gambar kat bawah ni adalah diantaranya dan ada banyak jenis lagi yang saya jumpa...

Bidayuh : Kuih Tumpik, Lemang dan Montok
Ada beberapa BAD IMPRESSION tentang Gawai yang saya pernah dengar sebelum ni...
  • Semasa Gawai, minum arak dan mabuk adalah perkara biasa dan wajib.
  • Kalau orang memperlawakan kita minum arak atau tuak, tetapi kita menolak, mereka akan berkecil hati dan kita terpaksa minum.
  • Kalau memandu di Highway semasa atau selepas musim perayaan gawai, banyak pemandu mabuk dan berbahaya di jalan
TETAPI... Sekarang ni, saya sendiri dah bersama-sama menyambut Gawai dan memandu kereta di awal pagi pada pagi Gawai... Satu kereta mabuk dan manusia mabuk kat tepi jalan pun saya tak jumpa... Malah, diorang takde pun hidangkan arak kepada tetamu yang datang, apatah lagi untuk paksa tetamu minum... Entah laa, mungkin yang diorang cerita tu dah tak berlaku lagi sekarang ni... Gawai pun rasa selamat je, takde nak risau dengan perkara pelik-pelik... 

Hari tu memang penat sebab tetamu tak putus-putus datang ke rumah. Mak dia berbangsa Cina dan Bapak dia pulak bidayuh, tetapi 80% daripada tetamu yang datang semuanya Cina dari keluarga belah mak dia.. Rasa macam Tahun Baru Cina pulak dah... Hehheheh~~~ (^_^) Walaupun dah selalu datang bermain kat sini, tapi ni kali pertama saya sambut Gawai dan saya rasa seronok sangat sebab dapat ikut dan belajar budaya bangsa lain bersama-sama yang tersayang... (^_^)

Take Care People... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~