Friday, June 8, 2012

Nasi Ayam Periuk Kera

Nasi Ayam Periuk Kera
Selamat pagi... Pagi-pagi ni perut lapar sebab tak sarapan lagi... So, nak hilangkan lapar ni, saya nak share resipi Nasi Ayam Periuk Kera yang adik saya buat... Dia belajar masa ziarah Gawai hari tu dan makan Nasi ni... =) Sedap jugak tau... Periuk kera ada wangi yang tersendiri... =)

Cara nak buat Nasi Ayam Periuk Kera
Bahan-bahan (Semuanya ikut sukatan dan citarasa sendiri sama ada banyak atau sedikit) :

Periuk kera bulat
Beras Merah (Beras biasa pun boleh)
Ayam cincang
Halia cincang
Bawang merah dan putih cincang
Serbuk perasa
Mentega 

Cara-cara:

1. Basuhkan periuk kera dan rendam dalam air garam seketika untuk membersih dan membuang racun.
2. Rendam beras merah selama 2 ke 3 jam supaya beras kembang dan menyerap cukup air
 **Mesti direndam supaya nasi masak dengan sempurna dan mendapat air yang cukup ketika dikukus. Guna beras merah lebih sedap dan wangi.
3. Tumiskan halia, bawang merah, bawang putih dan ayam dengan menggunakan mentega sehingga masak.
4. Masukkan beras yang telah direndam dan ditoskan kedalam tumisan tadi dan gaul sampai sebati seketika dan padamkan api.
5. Sediakan periuk kera yang dah siap tersusun didalam tempat pengukus .
 **Kena susun terlebih dahulu supaya tak bergolek masa nak masukkan beras dan air.
6. Masukkan beras yang telah ditumis tadi ke dalam semua periuk kera sehingga 3/4 penuh.
7. Penuhkan periuk kera yang berisi beras tadi dengan air.
8. Kukus dalam 30minit sehingga masak...

Sedap tau... Tapi periuk kera susah nak dapat... Periuk kera ni pun adik minta dari tuan rumah tempat dia berjalan Gawai... Hhehehe~~~

**Peringatan... Tak semua orang boleh makan nasi dalam periuk kera, sebab periuk kera dikatakan beracun... Tapi kalau betul cara cucinya, InsyaAllah selamat... Walaubagaimanapun, adik saya yang makan nasi tu jadi kembang dan gatal satu badan... Hehhehe~~~ Kami yang lain selamat dan takde apa-apa pun... Mungkin dia sorang je yang alergik periuk kera kot... (^_^)

Take Care People... =)

2 comments:

adda syuhada said...

wowwwww nasi ayam dlm periuk kera...pernah tgk sekali jer org masak lemang kot dlm periuk kera..teringin nk tau cmne rasa dia..

Yatt Moore said...

sedap tau... =) periuk kera wangi... Tapi tu laaa... payah nak jumpa periuk kera... Mana nak carik yerr?? =)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~