Friday, June 15, 2012

Ohh~~ Laptop...

Hidup tanpa laptop macam dah tak bernyawa je... Screen lappy crack laaaa... Huhuhu~~~ Payah nak online dah sekarang, apatah lagi nak update blog... (-_-) 

Ni dah lappy kedua yang saya rosakkan... Tangan ni memang tak boleh blah... Sampai debu kat screen pun tak nak lap... Hehhehe~~~ Nak hantar repair je la nanti... Tapi tak tahu la bila, lagipun tak tau berapa kos baiki ni... Korang tau ke??? 

Walaupun umur dah 4 tahun, calar sana sini dan berdebu...tapi tetap sayang dan rasa rugi pulak kalau beli baru..... Sebab lappy ni power dan dah di naik tarafkan... Mana-mana je pergi, dia ni la yang paling power nak tangkap wireless... Laptop lain bye bye je la~~~ Hehehhe~~~ Lagipun banyak harta karun kat dalam tu... (^_^) Dok je baik-baik dalam beg yerr... Nanti bawa pegi ubat kat klinik HP... =)

Nyawaku sakit...  Compaq CQ40-101TU

Take Care Lappy... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~