Sunday, June 3, 2012

Putih...Tak Perlu Mekap

Putih ori...Tak payah Nak mekap tebal... (^_^)
Nak jadi putih tanpa solekan? Gunalah bedak sejuk... Tengok saya, dah putihkan? Hehe... (^_^)

Petang tadi adik belikan bedak sejuk, nak jaga kulit katanya. Apa lagi saya, pakai je la... Hehehe... Lagipun bedak sejuk memang bagus untuk kulit... Ni adalah cara paling selamat untuk amalan kecantikan, daripada kita gunakan benda-benda yang pelbagai... Nak pakai pun senang dan pakai la masa nak tidur... Kalau bawa jalan-jalan nanti orang fikir hantu mana pulak yang lepas malam-malam... (^_^)

Bedak sejuk Flower baru RM2.00.... hehehhe~~~
Antara kebaikan amalan bedak sejuk...
  • Dapat menyejukkan kulit muka
    Sebab nama dia bedak SEJUK... heheheh~~~
  • Dapat kurangkan minyak pada muka
    Bedak sejuk boleh serap minyak berlebihan kat muka... Jadi secara langsung boleh kurangkan jerawat sekali... =)
  • Melicinkan kulit muka
    Bedak sejuk biasanya dibuat dari tepung beras. Beras kan baik untuk kulit sampai jenama SKII pun guna beras sebagai bahan utama... Hehhehe~~~ Lagipun petua orang tua-tua selalu suruh kita basuh muka dengan air cucian beras. Jadi memang betul la tu... =)
  • Menegangkan kulit muka
    Muka akan rasa tegang bila bedak tu dah kering kat muka dan selepas basuh pun kulit akan terasa segar sangat-sangat. Kalau diamalkan tak mustahil akan menegangkan kulit.
  • Boleh tanggalkan sel kulit mati
    Bila bedak tu dah kering dan nak cuci, basahkan sikit dan gosok-gosok macam buat scrub muka. Lepas gosok-gosok barulah cuci sampai bersih dan sel kulit mati akan tanggal sekali.

    Jum pakai... (^_^) Good Nite People... =)

4 comments:

ain vanilla said...

akk .
pasal segmen ni http://aenvanilla.blogspot.com/2012/04/segmen-pemberian-menarik-hari-ibu-ada.html

besyukur sangat . thnks ^^
ain pilih topup . :)

ain vanilla said...

ni kalau sergah orang malam2 dengan muka macam ni mahu orang tak menjeret lari lintang pukangg

Yatt Moore said...

Hehe... kalau muka mcm ni, xnk la pg mana2... ;-)

Nanti ain inbox no phone kt email, k. Dlm hujung bulan ni sy msukkan topup. Sory lambt reply. Laptop dh pecah, payah nk on9... ;-)

yatie0501m@yahoo.com

myza homestay said...

Saya pun palai bedak sejuk flower

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~