Saturday, June 30, 2012

Susah Senang bersama...

Assalamualaikum... Dah malam nampaknya... Sehari suntuk berjalan sampai la penat...mentang-mentanglah cuti... Hehehhe~~~ Baru sekarang saya faham maksud "Susah Senang Bersama" walaupun dah berkali-kali di sebut pada saya... Tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri... (^_^)

Tapi setelah apa yang berlaku, baru sekarang saya faham kenapa semua perkara masih menyebelahi serta memilih saya dan menolak semua yang lain...... Kunci utama yang mudah adalah "Susah dan Senang Bersama"...  Alhamdulillah...

Bila difikir-fikir...Yaa... Memang susah dan senang kami bersama... terlalu banyak pengalaman lucu dan kalau difikir-fikirkan balik, memang tergelak sorang... Bodoh pun ada jugak... Hehhehe~~~ Dan saya tahu, pengalaman bersama macam ni kami tak pernah lalui bersama orang lain.... Rasanya yang lain cuma "SENANG BERSAMA, SUSAH SENDIRI"... 

Helmet masa kami masih bermotosikal... (^_^)
Susah bersama yang kami tak boleh nak lupakan dan jadi kenangan sampai sekarang adalah masa kami berhujan untuk pergi dan balik kerja... Masa tu sama-sama takde kereta lagi, motosikal dia pulak kena curi selepas hari pertama kami kenal... Dia dah tak ada transport bila moto kena curi, saya pulak cuma ada motosikal buruk... Aduhai~~~ memang kesian... Moto saya memang memalukan nak mampus, sebab setiap kali enjin sejuk lepas parking yang lama, kami kena sorong kalau nak hidupkan enjin... hehhehehe~~~ Boleh imagine tak betapa malunya bile kena buat macam tu kat depan orang lain?? Tapi kami buat bodoh je, sebab tu je la transport yang kami ada selepas moto dia hilang... 

Dia pula terpaksa tahan malu dikutuk oleh kawan sekerja... Yela...mana tak nya... Dia pergi dan balik kerja tumpang saya... Dia dikatakan dayus sebab gunakan perempuan untuk kepentingan sendiri... Tapi tu cuma pandangan orang yang tak tahu hal sebenar... Hakikatnya saya sendiri yang nak tolong dia, sebab kesian dan rasa bersalah... Moto dia kena curi selepas kami keluar bersama pada hari sebelumnya... Saya dah rasa macam pembawa malang yang menyebabkan moto dia hilang.. Sebelum tu baik je, tak pernah pun nak hilang... Tapi mungkin tu adalah cara Allah untuk mengeratkan kami... 

Disebabkan guna moto untuk pergi dan balik kerja, pernah jugak saya diserang demam panas sebab berhujan sampai basah kuyub... Demam panas yang sangat teruk sampai ulser tumbuh memenuhi tekak saya... Sepanjang sakit, dia yang tolong bawa ulang-alik ke klinik beberapa hari dengan motor buruk tu... Bila giliran dia yang demam panas, saya buat perkara yang sama... Nasib baik la naik moto dengan badan yang lemah tu tak jatuh... Hehhehe~~~

Sekarang dah takde nak pakai moto lagi... Kehidupan pun dah semakin baik dan kesusahan mengajar erti hidup... Banyak sangat kenangan kalau nak dikumpul... Boleh dikatakan banyak perkara bodoh yang jadi... hehehhe~~~ Bila dikenang, baru sekarang saya faham kenapa semuanya menyebelahi saya dan bukan yang lain... Semuanya disebabkan "Susah dan senang bersama"... 

 

Kalau kita betul-betul cintakan seseorang, kenangan macam ni lah yang akan dipertimbangkan dan kita akan takut kehilangan... MASA senang, gembira dan indah bersama memang senang untuk dicapai dengan sesiapa pun... Tapi... disaat kita SUSAH, adakah "mereka" atau orang yang dicintai berada disisi kita??? Walaupun dalam situasi yang berlainan, renung-renungkan...dan jangan sia-siakan orang yang mencintai kita... (^_^)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~