Thursday, June 28, 2012

Tenangkanlah Hatiku...

Disebalik ujian ada terselit kebahagian Hakiki... (^_^)

Assalamualaikum.... Pagi-pagi lagi dah gelisah... Tak tahu kenapa... Fikiran risau je memanjang... Ya Allah... Tolong tenangkan hati ini... Apasal nak cerita kat sini??? Saya pun tak tahu... Kalau ada masalah cerita kat Allah, kalau cerita kat blog memang tak kan selesai pun...


Bukan baru sekarang perasaan ni timbul... Tapi setiap kali ada perkara serius yang bakal berlaku... Mungkin saya masih lagi dihantui peristiwa lampau...dan terbawa-bawa sampai la sekarang... Perasaan gelisah yang amat usah nak ditepis... Sampai dah tak lalu nak makan sebab stress memanjang... Hypertension ke saya??? Harap-harap tak... Subhanallah...

Peristiwa lampau??? Yup... Disebabkan pernah terjadi beberapa kali dimana perkara yang dirancang terhenti tiba-tiba dan membuatkan saya stress... Bukan masalah kepercayaan atau keyakinan...tapi ni masalah Fobia dan Takut.... Macam-macam perasaan bercampur-baur... Antara sakit, tension, risau, bingung, gila, steress...tapi dalam masa yang sama Gembira...

Walaubagaimanapun, saya bersyukur sebab hadirnya Dia yang memahami dan sentiasa cuba untuk tenangkan hati saya... Setiap kali saya mula biul, dia akan bagi nasihat supaya beristighfar dan ingat pada Allah.... Terima kasih Allah sebab menemukan saya dengan seorang yang amat memahami... Walaupun bukan dilahirkan sebagai seorang Muslim, tapi hatinya kuat untuk belajar dan mendalami ilmu yang tak pernah dia tahu... Perubahan sikapnya amat ketara dan saya amat bersyukur... Mungkin ada hikmah untuk setiap yang berlaku... DIA AKAN MEMELUK ISLAM????? Bagaimana teruknya kerisauan saya rasa sekarang ni, tapi saya tahu dia 1000kali lebih risau daripada saya... Perasaan tertekan itu sentiasa datang dan memenatkan otak... Selagi tak selesai semua perkara yang dirancang, selagi itulah kami masih kebingungan...

Ya Allah... Tetapkanlah hati kami... Permudahkanlah segala urusan kami... Dan berilah kekuatan kepada untuk menghadipi segala dugaan yang mendatang... Amin... 


1 comment:

Yatt Moore said...

Kata-kata nasihat dari kak Zee yang amat bermakna... >>>

....Perasaan fobia atau takut ttg sesuatu perkara adalah perkara yang biasa terjadi ke atas individu. Selalunya disebabkan oleh peristiwa lalu yang kerap terjadi dan memberikan impak yang negatif kepada diri. As the result, kita akan rasa takut dan kurang yakin untuk melakukan sesuatu perkara jika "perkara" tersebut adalah senario yang kebih kurang sama dengan peristiwa lalu kita. Lantas, kita akan berasa risau jika perkara yang dirancang berkesudahan dengan sesuatu yang tidak diingini. Berdoa, dan berfikir secara positif dan rasional. Jika "perkara" lalu itu tidak terjadi, maka kita tidak akan menuju ke "perkara" yang sedang dilalui masa kini. Perkara yang sedang dilalui masa kini, InsyaAllah merupakan perkara yang terbaik yang terjadi dalam hidup kita, well, we never know kan. Itu rahsia Allah. Jadi, sebagai hambanya, bertawakallah. Jika Allah kata Kunfayakun, maka jadilah. Sentiasa tetapkan hati kerana Allah. Sentiasa ingatkan diri supaya sentiasa berada di jalanNya, kerana "perkara" yang sedang dilalui memang menuju ke jalanNya, kan?InsyaAllah, Allah akan permudahkan jalan. This one is for YOU, ME & OTHERS :)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~