Monday, June 18, 2012

Unsubscribe RSS Graffiti??


Hari tu mula-mula subscribe RSS Graffiti sebab ingatkan biar senang nak update blog... Tapi bila fikir-fikir balik, macam nak paksa orang baca je...tak pun nak promote sendiri... Hurmmm... Yeke??? Tu semua bergantung pada tanggapan masing-masing...yang penting niat sendiri dulu... Saya pakai RSS graffiti pun sebab kadang-kadang ada resipi dan hal menarik nak dikongsi. Jadi tak payah la nak post kat status, nanti dia sendiri akan update automatik... So, sekarang nak remove ke tak RSS graffiti ni??? Fikir jab... Errmmm~~

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~