Tuesday, July 24, 2012

Aku Terima Nikahnya... =)

Maksud Tersurat :
"Aku terima nikahnya ..... binti .... dengan mas kahwin ..... "

Maksud Tersirat :
"Aku bertanggungjawab ke atas dosa-dosa isteriku dari ibu bapanya. 
Apa saja dosa yang dia buat kerana kegagalanku sebagai suami, aku yang bertanggung jawab dan bukan lagi ibu bapanya. Aku  bertanggung jawab ke atas dosa bakal anak-anak aku. 
Kalau aku gagal dalam menunaikan tanggungjawab, maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Malik melibas aku hingga pecah badan aku"

Sangat besar maksud dan tanggungjawab tu kan... Beringatlah kaum Adam, berat lafaz tersebut dan kaum Hawa pun perlu beringat...Janganlah suami tersayang masuk ke neraka jahanam... Mintak dijauhkan... Subhanallah....

Ni gambar Akad Nikah yang diambil pada 19 Julai 2012 lepas... Sekadar berkongsi kegembiraan... (^_^)


Sewaktu akad, nak senyum pun payah... Gementar yang amat sangat sampai macam-macam penyakit yang keluar... Tapi bila dah selesai, lega hati dan boleh gelak ketawa... hehehhe... =)


I Love Eldrine Addin Bin Ajus... 
Gambar kat bawah ni??? Gambar honeymoon... Pagi tu akad nikah, petang terus pergi honeymoon... Hahhahah~~~ Kelam kabut sebab 2-3 hari lagi nak puasa.... (^_^) ke sana ke mari ambilkan bunga untuk saya... Terima kasih sayang...

Sweet jugak si botak kecil ni... heheheh~~~ =)
Semoga kebahagiaan ni kekal dunia dan akhirat.... Amin~~~

4 comments:

izfanora said...

tahniah kepada kalian. macam tak percaya. alhamdulillah dan bersyukur sgt2 kiong menerima hidayah yang bukan calang2 orang terima.
*kiong satu poli dgn sy dulu. kirim salam padanya ye.

semoga kalian kekal hingga ke akhir hayat. :)

Yatt Moore said...

Terima kasih... ;-)
Bersyukur sbb Allah buka hati dia...
Semoga berkat doa kawan2 dia memudahkan dia untuk belajar dan memahami islam. Amin... ;-)
Nanti sy sampaikan salam awk.. ;-)

ain vanilla said...

Waaaaah tahniah kak . Kiranya taon ni first time la raya kat kg ibu metua akk.

Yatt Moore said...

Makaseh Ain... Saya tak raya kat umah mertua.. mertua saya tak celebrate raya... Diorang celebrate CNY, Krismas & Gawai je... heheheh~~~

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~