Monday, July 30, 2012

Nanas Kembar???

Assalamualaikum... (^_^) Pernah tengok nanas kembar tak?? Mungkin ada yang dah biasa tengok, tapi untuk saya, ni adalah kali yang pertama... Nanas ni rasanya kembar 6 kot... Yela, kalau jual kat pasar biasanya kita jumpa nanas sebiji-sebiji macam biasa je.. Mana ada orang jual buah dengan rupa yang pelik... =)


Semalam balik kampung suami kat Sematan. Jadi kakak dia pegi carikan buah nanas kat kebun untuk kitorang bawa balik... Masa kat kebun tu la kakak dia jumpa nanas dengan rupa pelbagai... Ada banyak lagi rupa yang pelik, tapi cuma satu ni je yang dah masak. Buah lain semua masih kecik dan mentah, tak boleh nak petik dulu... Nanti kalau diorang dah petik saya tunjuk lagi rupa2 pelik yang lain. Tu pun kalau kebetulan saya berada di kampung masa diorang petik buah tu... Hhehehe~~~~

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~