Sunday, July 1, 2012

Semoga Islam Memberi Sinar Baru... Amin~~

Akhirnya... Hari Jumaat yang ditunggu-tungu berakhir juga... (^_^) Comel jugak bila dia ni botakkan kepala...pertama kali saya tengok... =) Takpe la botak atas sebab bernazar, kalau suka-suka nak buat mungkin saya tak akan benarkan kot... Hehhehe~~~

Sewaktu menunggu untuk mendaftar nama Islam... =)
Pada 29 Jun 2012, jam 3.15petang...Hadirnya seorang lagi saudara Islam kita yang baru... "Eldrine Addin Bin Ajus" atau nama asalnya "Eldrine Anak Ajus"... Syukur kepada Allah diatas segala rahmat yang Dia turunkan... Semoga cahaya Islam menyinari hidupnya... Amin...

Syukur kepada Allah kerana membuka pintu hatinya...
Inilah pertama kali saya melihat sendiri proses pengislaman walaupun kakak ipar saya sendiri juga seorang mualaf... Sebak rasa hati dikala mendengar nama Islamnya dipanggil oleh Ustaz dan berlinangan air mata setelah mendengar ucapan Dua Kalimah Syahadah keluar dari mulutnya... Syukur yang tak terhingga kerana Allah telah buka pintu hatinya untuk ikhlas menerima Islam, walaupun sepanjang hidupnya dia adalah penganut Kristian yang kuat... Alhamdulillah...

Setelah bergelar Islam, saya gembira sebab Dia mempunyai semangat untuk belajar... Sekarang agak susah dan rumit untuk saya membimbingnya, mungkin suatu hari nanti kami akan membimbing antara satu sama lain... Sekarang, tanggungjawab saya sangat besar dan saya tak boleh mengabaikan dan mensia-siakannya dia... Diharapkan perkara yang dirancang seterusnya berjalan dengan lancar... Amin...

Ya Allah... Engkau permudahkanlah segala urusannya untuk menerima dan mempelajari ilmumu Ya Allah... Engkau tetapkanlah hatinya pada agama Islam dan semoga Islam memberi sinar baru dalam kehidupannya... Amin....

Take care People... Assalamualaikum...

7 comments:

Anonymous said...

Happy for you... Alhamdulillah... =)

ain vanilla said...

alhamdulillah . tumpang gembira dengan adanya saudara baruu ^^

Anonymous said...

subhanallah,sis. tak sangka saya suami sis memeluk islam sebelum kahwin dengan sis. sis cerita lah kisah sis,macam mana berkenalan dengan dia, macam mana hati dia terbuka untuk memeluk islam dan sebagainya. saya sangat memerlukan contoh-contoh seperti ini sis. say aharap sis sudi berkongsi. :)

Nurhayati Morshidi said...

Salam sis...lepas memeluk islam, kami terus kahwin... Sebab saya dah janji tak abaikan dia bila dia Islam. Dia nak saya sentiasa bimbing dia dan jangan tinggalkan dia terkapai2 belajar sendiri perkara yang dia tak tau... Hidayah datang macam2 cara.. Ada yang terbukak untuk belajar sendiri, ada yang kena bimbing dan ada yang sebab kahwin...
Tapi Alhamdulillah Allah dah aturkan yang terbaik untuk kami... Macam mana kami kenal, sis boleh baca kat sini... http://tamankemboja.blogspot.com/2013/07/19-julai-allah-telah-atur-segalanya.html
Hidayang datang dalam pelbagai bentuk..ada yang datang secara baik dan ada dari kesakitan... Hidayah kami sampai dengan cara yang perit dan diduga betul2 oleh Allah... Apa yang jadi, hanya Allah yang tahu dan saya cuba tabahkan diri untuk beri peluang dia terima islam dan bertaubat dengan cara memeluk islam...
Sis rujuk sini sebab saya ada ceritakan sikit2 dalam blog saya ni... =)
http://tamankemboja.blogspot.com/2013/07/19-julai-allah-telah-atur-segalanya.html

Anonymous said...

Salam sis. Saya sudah membaca kisah sis. Tersenyum sahaja sepanjang saya membacanya. Sekiranya saya di tempat sis, belum tentu saya setabah dan sekuat sis. Saya memang kagum dengan wanita/lelaki yang kahwin dengan mualaf ni. Yelah, kena banyak bersabar dan kena explain macam-macam. Mereka ni ibarat budak yang baru bersekolah. Macam tu lah kita kena treat dia macam budak baru belajar. Teringat saya 1kisah. Tajuk ceritanya 'Doa untuk aku' mengisahkan seorang lelaki mualaf dari negeri sarawak menjadi pelajar di UUM. Dia mencari-cari doa yang makbul kerana bagi dia doa yang paling mujarab adalah doa seorang ibu untuk anaknya. Tetapi dia telah kematian ibunya dan dia merasa kecewa tiada lagi doa daripada ibunya. Bila saya menonton cerita tersebut, saya dapat merasakan betapa susahnya kita hendak memahamkan orang yang baru memeluk islam tentang Islam kerana pengetahuan mereka tentang islam is zero. Dan saya telah pun Add sis di facebook. Harap sis sudi approve. Mungkin kita boleh bercerita panjang lebar dan berkongsi pendapat serta nasihat untuk dijadikan panduan akan datang. Inshaa Allah.

Rayyan said...

Alhamdulillah... Tahniah kerana telah membawa/membimbing adik saya ke jalan yang benar. Mudahan kehidupan kalian sentiasa mendapat redha Allah SWT. Allahuakhbar!

Nurhayati Morshidi said...

Alhamdulillah... Terima kasih @rayyan... =) lega sebab Addin dh ada kawan sepejuangan & kawan utk nya berkongsi hal yg sama... =) Semoga kalian dirahmati Allah selalu.. =)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~