Monday, July 23, 2012

Wedding and Friendship Anniversary... (^_^)


Aku Terima Nikahnya... 19 Julai 2012... Alhamdulillah dengan sekali lafaz, saya bertukar status menjadi Isteri kepada Eldrine Addin Bin Ajus dengan mas kahwin RM120 tunai... Syukur semuanya berjalan lancar dan semua kebimbangan dalam hati terlerai...

Alhamdulillah.... =)
Majlis akad nikah di buat tergesa-gesa sebelum bulan Ramadhan supaya saya boleh membimbing dia untuk berpuasa memandangkan dia merupakan saudara baru Islam... Banyak kawan-kawan yang tak dimaklumkan dan harap-harap tak ada yang berkecil hati... InsyaAllah majlis persandingan akan diadakan pada 28 Oktober 2012 nanti jika diizinkan Allah....

APA ISTIMEWANYA 19 JULAI ??? 

Tarikh 19 Julai 2011 adalah tarikh pertama kali kami berkenalan dan keluar makan bersama rakan-rakan... Peristiwa hari tu sempat saya tuliskan dalam entry...


Allah maha mengetahui... Kadang-kala kita tak sedar apa yang berlaku hari ni dah ditentukan oleh Allah dan ada sebab kenapa perkara tu berlaku... 19 JULAI... Ulang tahun perkenalan dan perkahwinan kami... 2 dalam 1... Macam kebetulan je, sebab saya langsung tak rancang dan tak tahu pun pasal tarikh 19 Julai... Bila baca balik entry lama, barulah ternampak tarikh masa entry tu di post... =)

Semoga perkenalan dan perkahwinan ini membawa berkat dan berkekalan hingga ke akhir hayat... Syukur kepada Allah kerana pertemukan saya dengan pembimbing yang akan mengubah hidup saya... Alhamdulillah...

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~