Thursday, August 9, 2012

Mimpi... Part 1...

Malam tadi saya bermimpi dan tak boleh nak ingat apa mimpi tu... Tapi saya dapat rasakan memang buruk sebab saya bangun dalam keadaan marah, panas dan terus cari gaduh... Bila ingatkan balik, rupa-rupanya saya tengah bermimpi dan mengigau... Istighfar banyak-banyak dan mintak maaf kat encik Suami... (-_-)


Jadi pagi ni saya cari apakah maksud mimpi dalam Islam...

Apakah Mimpi???

Ia merupakan gambaran yang diciptakan Allah dan dilihat manusia di dalam tidur mereka.

Apakah 3 jenis mimpi? 

1. Gambaran yang diciptakan oleh Allah sebagai alamat kepada  perkara lain sama ada yang akan datang ataupun yang sudah berlalu.
2. Gambaran terhadap yang berlaku ke atas diri sendiri sebelumnya sehingga terbawa-bawa di dalam tidur.
3. Gambaran yang dimasukkan syaitan ke dalam tidurnya bertujuan menakut atau menyedihkannya.

Apakah dalil yang membuktikannya? 

Nabi SAW bersabda, “Mimpi ada tiga jenis" :

1. Mimpi yang benar sebagai berita gembira dari Allah.
2. Mimpi menyedihkan daripada syaitan.
3. Mimpi yang berkaitan dengan apa yang berlaku kepada dirinya.

Riwayat Syaikhani, "Apakah beza mimpi yang benar dan mimpi biasa?"

Mimpi yang benar berasal dari Allah manakala mimpi biasa terutamanya mimpi buruk datang dari syaitan.

Bilakah waktu  paling selalu bermimpi? 

Malam:
Pada waktu sahur. Ini kerana waktu tersebut rahmat dan keampunan dari Allah dan diamnya syaitan.
Siang: Pada waktu ‘Qailulah’ (waktu yang disunatkan tidur sebelum tergelincir matahari, bermaksud masuknya waktu solat Zohor).

Apakah mimpi buruk? 

Semuanya adalah angkara gangguan syaitan.
Rasulullah SAW bersabda : Mimpi ada tiga jenis, “Antaranya permainan syaitan untuk menyebabkan anak Adam menjadi sedih.”

Siapakah yang mimpinya paling benar? 
.
1. Para nabi : Semua mimpi mereka benar-benar belaka.
2. Orang soleh : Selalunya benar.
3. Selain mereka : Kadang-kadang benar dan kadang-kadang sebaliknya.

Setiap manusia, mimpi mereka bergantung kepada Jiwa, Agama, Akhlak, Keadaan dan Sifat mereka.

Apakah adab jika bermimpi mimpi yang benar? 

1. Pertamanya, hendaklah mengucap “Alhamdulillah” dan memuji Allah.
2. Mengkhabarkan berita gembira tersebut kepada orang yang tahu untuk mentafsirnya.
3. Menghebahkan kepada mereka yang menyayangi anda dan bukan yang memusuhi anda.

Apakah adab jika bermimpi buruk? 

1. Anda mesti melafaz Istia’zah’: Mengucapkan  أعوذ بالله من الشيطان الرجيم (A'uzubillahi minas syaitanir rajiim)
2. Istia’zah dari gangguan syaitan sebanyak tiga kali.
3. Terus bersolat untuk mendekatkan diri kepada Allah.
4. Jangan menghebahkan kepada orang ramai.
5. Jangan cuba mentafsir sendiri mimpi tersebut. Rujuk kepada ahlinya.

Apakah hukum bertanya berkenaan mimpi? 
.
Hukumnya adalah sunat. Sekiranya bertanya dapat pahala. Kalau tak tanya pun tak dapat dosa. Jadi, bertanyalah anda jika tidak tahu. Ini kerana mengikut perbuatan Rasulullah SAW.

Apakah adab seseorang yang ingin mendapat mimpi benar? 

1. Tidur selepas solat Isyak.
2. Tidur dalam keadaan wuduk.
3. Mula tidur di atas lambung kanan dan berbantal di sebelah kepala kanan.
4. Baca doa sebelum tidur dan berzikir sambil menunggu waktu tertidur.

Bagaimana seseorang bermimpi jumpa Nabi SAW?

Sesiapa yang bermimpi berjumpa Nabi Muhammad SAW sebenarnya mereka memang berjumpa Rasulullah SAW. Ini kerana syaitan tidak boleh menyerupai Nabi SAW. Mimpi berjumpa Nabi SAW dalam keadaan jelas dan sempurna sifat bermaksud kamu adalah calon penghuni syurga. Namun, jika gambaran Nabi SAW tidak jelas bermaksud kita masih banyak dosa sehingga tidak ‘dibenarkan’ melihat kecantikannya yang sejati. Ini adalah peringatan supaya kita terus bertaubat dan beramal soleh.

Hadis riwayat Bukhari, Sabda Rasulullah SAW: 
“Sesiapa yang melihatku dalam keadaan tidur maka sebenarnya dia memang melihatku. Ini kerana syaitan tidak boleh menyerupaiku. Mimpi benar seorang mu’min adalah satu juzu’ dari 46 juzu’ kenabian.”

Apa-apa pun, mimpi adalah mainan tidur je... Tak perlu kita risau sama ada baik atau buruk... Wallahualam.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~