Thursday, September 13, 2012

Dia Imamku...


"Aku minta daripada Allah setangkai bunga segar,
DiberiNya aku kaktus yang berduri...
Aku minta kupu-kupu,
DiberiNya ulat...
Aku kecewa dan sedih, tetapi aku tetap bersabar...

Namun...

Tak lama kemudian, kaktus itu berbunga dengan indah sekali... 
Dan...
Ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik...
Begitulah cara Allah mengasihi kita... Selalu indah pada waktunya...
Sayangnya Allah setelah kita redha kesemua UJIAN itu..."




Alhamdulillah... Saya ingin berkongsi rasa syukur dan gembira kepada semua... Rasa bersyukur yang mungkin tak semua dapat merasa...

Pada 29 Jun 2012 lepas, En.Suami telah memeluk agama Islam dan kalau sampai sekarang kira-kira dah 2 bulan 16 hari masa berlalu... Tak sedar masa berlalu dengan pantas... Dalam tempoh itu lah saya, Ustaz dan rakan sekerjanya mengajar En.Suami belajar membaca, menghafaz surah-surah lazim serta cara-cara solat...

Alhamdulillah dan syukur sebab dia memiliki hati yang terang untuk belajar dan mudah menerima apa yang diajar... Sekarang dia dah mampu solat sendiri dengan bacaan yang betul... Dan malam tadi saya memberi kepercayaan kepada dia untuk menjadi Imam ketika solat Isyak... Saya yakin dia boleh buat dan mampu membimbing saya... Syukur kepada Allah...

Semoga apa yang kami ada sekarang berkekalan sampai bila-bila dan menjadi semakin baik... InsyaAllah.... Amin...

2 comments:

Munnafendy said...

Alhamdulillah :)

Nurhayati Morshidi said...

Syukur... =) Terima Kasih... =D

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~