Sunday, September 2, 2012

Hand-Made & Patch Work... Masih Mencari Idea...

Assalamualaikum... =) Hari ni duduk kat pejabat En.Suami fikir-fikir dan carik idea online... Macam mana nak buat Veil sendiri dan Patch-Work rama-rama kat Wedding Dress dan Hills... Kalau nak sewa atau beli siap, boleh je... Murah dan ringkas pulak tu... Tapi saya ni kalau pasal kegunaan diri memang ada cerewet sikit... Saya lebih puas hati kalau benda tu saya dapat ubah dan reka design sendiri termasuklah Baju, Kasut dan Veil...

Veil yang saya nak ikut agak-agak macam kat bawah ni kot, Half-moon shape... Cuma warna dan material je tak sama... Saya tak pakai tudung kat dalam nanti, jadi kain untul buat Veil kena tebal supaya rambut tak nampak dari luar... (^_^) Kalau nak tebal, mungkin guna kain untuk baju melayu lelaki kot... Hehhehehe~~~ tunggu je la nanti macam mana rupanya kalau dah siap... =D


 

Kasut pun dah ada... Cuma tinggal nak buat patch-work butterfly je lagi kat situ... Hurmmm~~~ Tak sabar nak ke kedai beli kain net buat betterfly... (^_^)



Veil dan kasut dah ada idea nak buat... Cuma untuk baju je masih tak tahu macam mana nak buat patch-work butterfly... Payah nak bayangkan sebab baju masih kat tailor... Kalau baju tu dh ada kat depan mata baru lah dapat tengok dan imagine macam mana nak buat.... Nak search online untuk cari idea pun payah... Tak jumpa baju pengantin melayu bertemakan rama-rama... Kalau wedding dress minah saleh banyak lerrr... Hehehhe~~~


Fikir yati fikirrrr~~~ (^_^)
take care people... =)

5 comments:

myRhythm said...

tie, utk veil ktk try tgk cgek video ct nurhaliza, masa nya nyanyi lagu di taman teman abpbh..material kain selendang ala2 veil yg nya pake dlm video ya tebal n x nampak rambut..cantikk..

Nurhayati Morshidi said...

Design baju nya sama... leher jak laa... =P heheheh~~~
Veil ya pun cantik... x perlu bertudung dh dapat cover rambut... =) TQ Kak Zee... =D Dah ada Idea... ^^,)

myRhythm said...

hehehehe..okeyyy..sama2..mun ktk polah kdk ya nang kacak...

Liza Razak said...

cantiknya theme butterfly ni..unik !!

Nurhayati Morshidi said...

Cantik... Butterfly comel sangat2... =) Nanti kalau dah siap semua untuk majlis saya update post lagi... =D

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~