Thursday, September 20, 2012

Ketuk dan Tonggeng

Tadaaaa... Buat apa tonggeng-tonggeng macam ni??? Hehhehe~~~ Kerja seorang budak kreatif yang keboringan... (^^,)


Pagi-pagi dah ketuk-ketuk botol losyen... Botol je besau, tapi isi dh nak kering... Jadi...tonggeng la nak keluarkan semua isi tu dan masukkan sekali dalam botol kecik... Esok-esok senang sikit nak keluarkan... Botol besar dah boleh buang... Bercampur??? Lantak laaa... yang penting fungsinya sama... (^_^)

**Dah kahwin ni tangan mesti lembut... Nanti En.Suami komplen tangan kasar... Hihihi~~~ =P

2 comments:

Cik Adieb said...

Aha,sy pun tonggengkan botol losyen sy sebab dah nak kering :p

Nurhayati Morshidi said...

Hehhehe~~ tak nak membazir...habiskan sampai titisan terakhir... (^^,)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~