Monday, September 24, 2012

Projek Rama-rama Part 1

Butterfly & Bunga kemboja... Itulah tema persandingan... Jadi, saya just nak share macam mana saya hias dress yang kosong supaya menepati tema dan minat saya sendiri... Manalah tahu boleh bantu pembaca lain yang tengah nak cari idea untuk wedding diorang... (^^,) Walaupun payah nak buat semuanya ikut tema, tapi tetap diusahakan jugak untuk memuaskan selera hati, sebab ni lah impian saya dari dulu...


First, nak cari dress butterfly memang takde. Kalau nak jugak, kena tempah sendiri kat tailor atau designer pakaian pengantin... Kalau dah tempah, faham-faham je la harganya... Tak perlu lah nak bagitau... =) Jadi, kreativiti jugaklah yang akan mengambil tempat... Kalau nak sewa memang boleh dan lebih cantik... Harga sewa dress atau beli sendiri actually lebih kurang selepas saya buat survey kat butik... Tapi nilai buat sendiri dan sewa tak akan sama... Bila buat sendiri, kita lebih menghargai sebab tu hasil tangan kita sendiri dan sampai bila-bila kita masih dapat tengok dan dijadikan kenangan walaupun tak secantik di kedai.... Kalau sewa, lepas pakai nanti kena hantar balik. Cuma gambar je yang dapat dijadikan kenangan...

**Terima Kasih En. Suami sebab faham kehendak saya dan layan je kerenah saya ni... Sampai masa nak masak pun dah tak tentu sebab sibuk buat hal sendiri... Saya sibuk menjahit, dia pun sibuk dengan gitarnya... =)

Bahan KIRI : Hiasan Dress... KANAN : Hiasan Veil...
Pre-wedding photoshoot bertemakan HitamPink... Pertama sekali, beli plain dress lace warna hitam, butterfly pink, manik pink dan kain net pink untuk dijadikan hiasan... Selain tu, kena ada gam silicon untuk menampal kalau malas nak menjahit dan....buatkan sekali veil pink untuk digandingkan bersama dress nanti... =)

Bila semuanya dah disediakan, fikirkan dulu idea macam mana nak hias dan tampal... Saya ambil mudah je, ambil idea dari wedding dress yang saya jumpa dalam internet macam yang kat bawah ni... =)
Inspirasi...
Dah siappp Dress dan Veil saya.... Actually saya tak akan pakai macam ni... Saya bertudung... Hehehhe~~~ =)

BEFORE...dan...AFTER
Bunga kat dada tu pulak saya buatkan sendiri ikut tutorial dalam youtube... =)

Bunga untuk bahagian dada dress... =)
Tengok tutorial kat sini untuk belajar buat bunga dari kain... =)


Take Care People... =)

Key Word : Butterfly Wedding, Tema Rama-rama, Butterfly Dress, Pink Butterfly Wedding, Pink Theme Wedding

5 comments:

bellsaiyuki said...

x sabar nak tengor ur wedding...........

Nurhayati Morshidi said...

InsyaAllah tak lama lagi... Semoga dipermudahkan semuanya... Amin... =)

Antonia Grace said...

cantiknyaa (^_^)

Nurhayati Morshidi said...

Makaseh Grace... =)

bellsaiyuki said...

woo..i can see bttfly there...upload laa cicncin rame2 awak....hehehe

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~