Tuesday, September 11, 2012

Veil by Me...


Akhirnyaaaa~~~~ Siap jugak veil buatan sendiri yang saya impikan... Mungkin tak secantik yang kita sewa di butik atau yang dibeli. Tapi saya cukup puas hati sebab inilah hasil kerja tangan saya dan yang paling mengembirakan bila En.Suami puji dan bangga dengan kebolehan isteri dia dalam banyak hal... Syukur... Semuanya daripada Allah... =)



Sediakan Lace yang sama kita pakai untuk buat baju, lebih kurang 1 meter. Agak mahal kos buat Veil sendiri sebab kain Lace sampai RM50 semeter, tapi tak semahal kita beli atau sewa... Boleh je cari lace yang murah, tapi nanti tak puas hati sebab corak dan bunganya tak cantik... Tapi, kalau betul2 kreatif, kain murah pun boleh jadi cantik... =D Saya ni tak kreatif sangat, harapkan lace je yang menolongnya jadi cantik...  =)

Kain Lace, Kain Veil, Manik, Jarum dan Benang
Saya tak gunakan kain chiffon, net atau oganza seperti yang biasa dibuat.. Tapi, kain yang sama dengan material kain baju (Actually tu adalah kain baju melayu lelaki). 

Sebabnya :
1. Tak nak nanti rambut dan leher saya nampak.
2. Kalau gunakan kain yang nipis, kena guna tudung pulak kat dalam... Leceh kalau nak pakai berlapis-lapis, lagipun nanti kepanasan pulak... Leher baju pun tinggi, jadi takde masalah dengan leher terdedah... =D

Mungkin ada yang rasa tak cantik bila gunakan kain macam tu untuk buat Veil... Mula-mula nak cari kain Jojet tebal sebab kain jojet lembut dan melurut..tapi apakan daya tak jumpa kain jojet tebal... yang ada pun nipis je macam chiffon... =( So, terpaksa lah ambik material yang digunakan untuk buat baju...


Veil yang saya buat ni berbentuk D yang panjang, jadi ada la ekor sikit kat belakang. Shape boleh potong ikut kesesuaian. Sukat betul-betul kat tubuh supaya saiz veil betul-betul ngam dengan kepala dan jatuh betul di bahagian bahu... Lepas tu, hantar la kat kedai untuk jahit bahagian sisi bagi kemas sikit... Mula-mula saya bakar dengan lilin je, tapi nampak selekeh...

Bila dah siap potong dan sukat, mulalah kerja-kerja menggunting dan menampal lace... Teliti betul2 macam mana susunan yang cantik, terutamanya kat bahagian depan muka.. Saya tak pernah buat, jadi rasa susah je nak tampal... 2 ke 3 kali jugak saya jahit dan buka balik lace tu bila tengok buruk je rupanya... (-_-)

Tapi akhirnya siap juga lepas 5 hari saya menjahit... heheheh~~~ Actually takde la lama sangat macam tu... Saya ni je yang takde masa nak menjahit... Tengok la dan komen ok tak??? Kalau tak cantik maaf yerr... Ni first time saya buat benda ni... (^_^)


Take Care People... =)

Keyword : Handmade Veil, Homemade Veil, Veil buatan sendiri, Jahit Veil, D.I.Y Veil, DIY Veil, pink white Lace Veil, Jahit Veil Sendiri

9 comments:

Srikandi Utara said...

cantik la hand-made veil awk.. nmpk mcm xsarat sngt.. ok2 ja..=)

Nurhayati Morshidi said...

makasih... =)Harap2 cantik bila dipakai...
actually nk buat banyak lagi beads...tapi dh tak larat nak menjahit... nanti dh dekat hari nak majlis baru saya tambah2 beads lagi... tu pun kalau rajin... heheheh~~~ =D

Haziyah said...

kacak.. hehe. yati, kat ctok kawan2 kamek byk polah veil dari kain baju koh, seriously nang kacak.. hehe.. semoga majlis berjalan lancar..

p/s : 1st time mengomen di blog ini. hehe.

Nurhayati Morshidi said...

Makseh kak Ziyah (kak Haziyah, bukan Kak Ramziyah) hehehehe~~~ =D
Mun banyak org pakei best lah, x la rasa pelik kelak... Hehhehe~~~
Tengkiu kak... =D

Nurmikalthum binti Julai said...

kak su! kmk ingat ktk masih guna blog lamak ktk ya. huhuhuh.. btw, viel polah ktk empun ya nang kacak,, heheh.. :)

Nurhayati Morshidi said...

nurmi... ;-)
makaseh... aiee... blog lamak tok, kmk tkar nama jak. hehe...

Anonymous said...

cantik sis. sis pakai apa pun cantik. dan baju yg sis buat pun cantik.

Nurhayati Morshidi said...

Kalau nak sanding berjimat, mcm ni laa... semua kena fikir buat sendiri... hihihi~~~

Anonymous said...

at least apa yg sis buat berbaloi n cantik.risau saya kalau saya yg membuatnya tidak cantik nanti.hehe

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~