Wednesday, October 10, 2012

Bunga apa ni???

Apa nama bunga ni??? Macam bunga pokok lengkuas pun ada jugak... Yang saya tau bunga ni dah tentu En.Suami petik tepi jalan masa nak balik kerja, sebab nak pujuk saya kecik hati tak lunch sama... hehehhe~~~ Tepi jalan pun tepi jalan lah... Tapi sweeetttt... (^^,)

Latest... 8 Oktober 2012... (^^,)
Bunga kat atas tu dah bunga ke-3 yang di kutip tepi jalan... Sebelum-sebelum ni dapat bunga kemboja... Tapi sekarang dah tukar pulak?? hihihi~~~ =)

10 Ogos 2012... (^^,)
Bunga kemboja kat atas tu yang saya dapat sebelum ni dan rasa sayang nak buang. Jadi saya rendamkan seminggu dalam air dan lepas tu semaikan kat batas kanan dan kiri pagar rumah... Alhamdulillah pokok tu tumbuh dan hidup dengan subur... Saya tahu pokok tu subur sebab saya ada cabut dari tanah nak letak kat dalam pasu. Bila cuci-cuci batang dia ternampak ada 4 helai akar dah keluar... Gembira sangat-sangat sebab pokok kesayangan saya hidup... (^^,)

Take care People... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~