Friday, October 12, 2012

Kakak Baju Biru yang Baik


Assalamualaikum... Pagi ni senyum je memanjang sebab semalam adalah hari yang baik untuk saya... (^^,) Semalam?? Terharu dengan kakak baju biru yang baik sangat-sangat dan tolong saya dalam hujan... Kakak baju biru tu adalah polis... =) Selalunya kita kata polis ni sombong dan berlagak, tapi tak kena pulak dengan saya... Syukur...

Semalam saya singgah kat Wisma Satok sebab nak uruskan hal Kad Undangan untuk majlis nanti... Parking pun agak jauh sebab jalan sesak... Masa keluar dari kereta nak mulakan urusan, cuaca panas terik je sampai la siap urusan saya nak pergi balik ke kereta... Masa baru keluar dari bangunan dah nampak jalan basah kuyup, tapi bila pulak hujan nya??? Tak dengar pun tadi ada hujan... Mungkin sebab saya berada dalam bangunan, jadi tak perasan...

Jalan basah kuyup, tapi hujan tak turun...apa lagi, jalan je la cepat-cepat nak ke kereta sebab takut nanti hujan turun masa tengah berjalan... Dan...betul tekaan saya... Sewaktu nak merentas antara bangunan kat titik biru dalam gambar kat bawahhujan turun menyimbah dan tiba-tiba je lebat... Saya dah tak boleh nak lari kemana lagi, sebab saya berada kat bahagian sisi bangunan yang tak kena hujan... Disebabkan takutkan barang yang saya bawa tu basah, jadi saya berlari patah balik ke dalam...

Kawasan kejadian... hehehehhe~~~ =P
Tapi... Rupa-rupanya, sewaktu saya patah balik, ada kakak polis tengah kejar saya dengan payung. Saya tak tau pun sampai la dia jemput saya kat depan pintu bangunan... Dia kata nak tolong hantarkan saya ke seberang dan terus ke kereta... Alhamdulillah je kat dalam hati, ada jugak hamba Allah yang baik hati macam tu....

Payung tu dah la kecik, kami berdua pulak besar... Basah kuyup je sisi uniform kakak polis sebab terkena tempias hujan... Dia hantarkan saya terus ke kereta dan dia patah balik dengan payung tadi... Kesian pulak tengok kasut dan seluar kakak polis dah basah kuyup terkena lopak air... 

Semoga Allah balas kebaikan dia... Amin... =D

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~