Thursday, October 18, 2012

Si Duyung Kecik

Assalamulaikum.. Mata ni mengantuk sangat-sangat sebab dah telan ubat batuk pagi-pagi...
(-_-) Tulis entry pun sambung separuh-separuh dan lelapkan mata kejab... Dah 4 hari demam dan batuk yang kuat sampai tekak cedera dan keluar darah... Alhamdulillah lepas telan ubat sejak semalam, batuk dah reda dan dapat tidur lena malam tadi...

Actually, 4 hari demam sebab saya tak makan ubat... Dah teruk 4 hari baru makan ubat... Bukannya tak suka ubat macam budak kecik, tapi cuma tak nak manjakan diri berlebihan. Biar lawan sakit sendiri dan baik tanpa ubat kalau boleh... barulah antibodi tubuh tu kuat sikit... =D


Walaupun demam teruk, tapi keluar jugak pergi ke pantai... Rindu sangat-sangat nak pergi sebab dah berbulan tak jenguk pantai walaupun rumah En. Suami dekat dengan pantai.. Balik kampung minggu lepas bawa Nana sekali untuk menceriakan suasana...

Comel duyung kecik ni kan??? (^^,)


Take Care People... =D

2 comments:

Nurhidayah Zulaikha @ Antonia Grace said...

Semoga kak cepat sembuh..:) comelynyaa duyung baju biru tue hehe..:)

Nurhayati Morshidi said...

Makaseh Dik... =D tinggal 6 hari lagi nak bersanding, macam2 penyakit pulak yang datang... hehehhe~~~

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~