Monday, November 5, 2012

Bingka Labu Sedappp~~~

Assalamualaikum.... Pagi-pagi lagi nak update pasal makanan... Hujung minggu lepas tak tahu berapa kali dah buat bingka labu sebab stok buah labu banyak sangat di rumah.. Mak mertua bagi... heheheh~~~

Resipi ni mak bagi dan saya baru cuba buat semalam dan menjadi, En.Suami makan pun sampai bertambah-tambah sebab dia kata sedap dan rasanya sangat perfect.... Bangga la pulak bila En.Suami puji... (^^,)

Makan panas-panas... Nyum3~~~~
Masa buat tu tak ada pulak nak ambik gambar satu persatu... =) Ni bahan-bahan dan cara nak buat...

Bahan-Bahan (acuan saiz 7x7 inci):

1kg labu kuning (Direbus sampai empuk dan ditoskan air)
300ml pati santan / 500g kelapa parut dan di ambil pati (Jangan guna santan paket/kotak)
1 sudu kecil garam
200g gula
2 biji telur
400g tepung gandum
300ml air


Cara-cara :


1. Kisarkan semua bahan dalam mesin kisar supaya sebati dan tak berketul. Kalau nak pukul satu-satu guna pemukul kek pun boleh... Hehehhe~~~

2. Adunan yang dah siap dimasukkan kedalam acuan yang telah disapu dengan mentega.

Mentega cair dituang di atas adunan bingka mentah
3. Cairkan 2 sudu besar mentega dan tuangkan sedikit demi sedikit di atas adunan seperti gambar diatas.
**Mentega cair untuk memberi rasa lemak dan rupa yang berkilat apabila bingka siap dimasak. Kalau tak nak buat pun boleh. Ni cuma petua orang tua-tua.. =D

4. Panaskan oven pada suhu 170◦c, dengan kepanasan atas dan bawah selama 1jam.


5. Sesudah bingka dibakar selama 1jam. Tambahkan lagi 5-10minit dengan kepanasan atas sahaja untuk memberi warna keperangan pada permukaan bingka.

Bila dah siap, hidangkan panas-panas.... Nyum3~~~ Sedap tau... En.Suami makan bertambah-tambah... (^^,)


Take Care People... =)

2 comments:

netecno said...

hii blogwalking, kayaknya enaknih :D

Nurhayati Morshidi said...

Memang enak... Cuba la buat... =D

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~