Wednesday, November 7, 2012

Dibuang.... Kesian...

Yang dah berkahwin tak sabar-sabar menunggu... Kadang-kadang ada yang payah sangat nak dapat dan ada yang tak dapat terus sampai mintak, angkat dan beli dari orang lain... 


Tapi...yang dapat...kenapa.....??? Hurmmm~~~ (-_-)


Bulan 1 : Bu, panjang adik cuma 2cm. Tapi adik sudah ada dalam badan ibu... Adik sayang ibu, bunyi degupan jantung ibu menjadi muzik terindah yang menemani adik disini.

Bulan 2 : Bu, adik dah boleh merasa jari jemari. Disini terasa hangat ibu, nanti kalau adik dah keluar, ibu janji nanti kita main sama-sama ye...

Bulan 3 : Bu, biar pun adik belum tau jenis jantina adik. Tapi adik harap ayah dan ibu bahagia apabila adik dilahirkan... Jangan menangis ya bu, kalau ibu menangis nanti adik juga ikut menangis.

Bulan 4 : Bu, rambut adik dah mula tumbuh. Adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri dan ke kanan...

Bulan 5 : Bu, tadi jumpa doktor ye?? Doktor cakap apa?? Apa benda D&E tu bu? Adik tak kan di apa-apakan ya bu??

Bulan 6 : Ibu jumpa doktor tu lagi ya?? Bu, tolong bagitau doktor tu, adik disini sihat-sihat je...
....!!!!....Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam?? benda tajam tu mula memotong rambut adik... Bu, tolong adik, adik takut... Benda tajam tu dah potong kaki adik, sakittt bu...
Walaupun adik dah tak ada kaki, adik masih ada tangan yang boleh peluk ibu...
Bu, kenapa benda tu sekarang potong tangan adik?? Bu, tolong adik, adik janji tak kan nakal-nakal dengan ibu...
Biarpun adik dah tak ada tangan dan kaki, tapi ada masih ada mata dan telinga untuk melihat senyuman ibu, mendengar suara ibu...
Tapi, sekarang benda tu dah mula memotong dan memutuskan leher adik... Ibu...Maaf bu... Berilah adik kesempatan hidup... Adik sayang ibu, adik teringin nak memeluk ibu

Bulan 7 : Bu, adik di sini sihat-sihat je. Adik dah berjumpa dengan Tuhan adik di Syurga.. Tuhan telah kembalikan semua organ tubuh adik yang dipotong hari tu. Tuhan dah suruh bidadari menjaga, memeluk, memegang dan mengendong adik dengan lembut...dan Tuhan bisikan adik apa D&E tu... kenapa ibu lakukan benda tu?? kenapa ibu tak nak bermain dengan adik?? Apa salah adik bu?? Ibu bertaubat ya...Semoga Tuhan menempatkan ibu disini, nanti kita main-main disini, dan jangan lupa ajak ayah sekali ya bu... ;')

**Terbaca dari FB rakan-rakan dan dikongsi semula...

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~