Monday, November 5, 2012

Manfaatkan Rumah Dekat Dengan Pantai...


Bertuahnya bila rumah dekat je dengan pantai... Tak sampai 5 minit perjalanan dengan kereta dah sampai... (^^,) Semalam bosan duduk berdua di rumah... Sorang tengok muka sorang... Hurmmm~~

Bila dah petang, kemas-kemas makanan letak dalam kotak dan jalan...menuju ke pantai... Yeayyy~~~ Piknik... =)

Dinner time... =)
Bekal pun entah apa... Nasi putih, sambal petai, sambal belimbing, telur goreng dan air mineral je... (^_^) Dah bosan makan di rumah, tu la pegi main di pantai petang-petang... Ingatkan nak tngok matahari terbenam... Tapi tak boleh tengok sebab arah matahari terbenam kat sebalik bukit... =(

Tak dapat nak tengok matahari terbenam... =(
Dah tu main je la kat tepi pantai sampai la terdengar azan Maghrib... Baru la balik... (^^,) Seronok jugak jadi budak kecik sekejab... =)

Macam budak-budak... =)
Masa nak balik tu hari dah nak gelap...Tengok pulak kat hujung pantai terang benderang dengan gerai dan jualan yang tak tahu apa... Walaupun selalu datang, tapi tak pernah nak singgah tengok apa ada kat situ...Semalam pun tak sempat lagi jenguk sebab nak balik cepat kejar waktu maghrib... tak pe laa... Next time datang baru tengok apa yang ada kat hujung pantai tu... =)


No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~