Wednesday, November 21, 2012

Musim Durian Sematan... (^^,)

Seronok bila balik kampung bulan ni... Kampung En.Suami di Sematan dah mula banyak dengan buah durian... Musim dah bermula... Seronok nya... Hari tu balik kampung pinjam Dmax mak sebab nak bawa banyak durian balik ke Kuching... =)

Buah dah sampai dirumah dan bapak sibuk melayan cucu nak makan... =)
Yang ada didalam Dmax tu suku je tinggal... yang lain dah dibawa masuk ke dalam rumah.. Banyak tau, sampaikan anak-anak saudara saya duduk dalam tu je makan, tak nak tunggu sampai bawa masuk rumah... Seronok bila tengok budak-budak kecik suka makan... (^_^)

Tapi jaga-jaga, banyak sangat makan nanti mengundang macam-macam penyakit... Huhuhu~~~
Kalau musim durian, saya seronok sebab dapat bermain di dalam hutan... (^^,) Kalau hari biasa jarang nak masuk hutan sebab takde hal nak pegi... Kalau ada durian, ada jugak alasan nak ke hutan... Seronok... Macam-macam yang saya kutip sampai buah getah yang tak boleh di makan pun sampai penuh poket jaket saya kumpulkan... (^^,)


Ini lah hasil yang saya dapat selepas bermain 1 hari dalam hutan dan mandi sungai... (^^,) Buah kuini, Buah durian, Tebu, Buah Guma, Biji getah, Siput sungai dan batu sungai yang cantik... Sehari bermain, sebiji durian je yang kami jumpa.. heheehe~~

Buah Guma tu rupanya sama seperti buah salak, cuma rasanya sangat masam... Payah jugak nak ambik sebab terselit-selit dengan batang berduri dan banyak anai-anai... Seronok bila kena gigit serangga hutan...tapi lepas tu sampai rumah bising cari minyak panas sebab dah gatal-gatal... heheheh~~~

Petang tu ada tupai... Musim ni banyak sangat tupai yang tebuk durian, banyak sampai dapat diburu dan masak bawa balik rumah... heheheh~~~ Nanti saya Update resipi tupai yang saya masak... (^^,)

3 comments:

izfanora said...

seronoknya ! smlm balik umh mertua kejap sebab mertua blk kg ambil buah. mkn xingat dunia mlm td smpai pening kpla.. hahaha..

a'a, gi srwk ritu. teringat kat keong sbb tau dier org srwk. tp, xtau no dier. nak juga tny jln2 mana sbb mmg kami blur.. huhu..

izfanora said...

hahaha.. berbalas komen plak kiter yer.. xtaulah suami yati ingat akak lg ke x.. akak rapat dgn wan helmie kawan dier. then dier pnh jual gitar dulu, adik akak beli..

suami akak amik pakej honeymoon, tue yg camtue tue bilik sume.. :) korg gi lah. alang-alang duduk sarawak.. hihi..

Nurhayati Morshidi said...

Dia ingat lagi dgn akak. Ada la dia cerita ckit2 pasal dia d poli dulu... ;-)
Nanti nk jugak la ambk pakej mcm akak. Hari tu honeymoon sama tempat dgn akak, tp x tauk ada pakej honeymoon. Seronok pulak tgk bunga byk d katil. Hehe... ;-)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~