Friday, November 16, 2012

My D.I.Y Dinner Dress


Assalamualaikum... Dah berkurun tak boleh nak update blog sebab dah takde Lappy dan internet bermasalah... (-_-) Ni saya nak update benda minggu lepas... Saya nak share macam mana nak jimat budjet melalui kreativiti sendiri... =)

Minggu lepas 9 November 2012, tempat kerja saya anjurkan makan malam tahunan... =) Kalau tahun lepas Dinner yang kekuningan.. Dinner tahun ni bertemakan "Purple"... Apa-apa pakaian asalkan warna purple... =)

Bila dah di bagi tema, apa lagi staff.. Hehehhe~~~ Shopping sakan ehhh~~~ Tapi tak salah pun sebab setahun sekali je... =) Cuma saya ni tak nak bazirkan duit untuk benda camtu sebab banyak lagi komitmen lain yang lebih penting... (^^,)

Macam biasa, kreativiti akan mengambil tempat... Saya buat dress sendiri dengan menggunakan pakaian yang saya memang dah ada... Modal yang deperlukan sebanyak RM25....


Nak buat pun senang je... saya ambil masa dalam 3jam untuk siapkan... Gunting-gunting dan jahit sekali... Mula-mula kena sediakan Dress pendek dan Kain warna purple sepanjang 4meter... Kain diperlukan 4meter, sebab 3meter nak buatkan bahagian kembang kat bawah tu dan 1meter lagi untuk shawl.. =)

Sediakan Dress pendek dan 4meter kain purple
Pakaikan dress pada tubuh dan sukat panjang kaki yang perlu ditambah. 

Kelim bahagian berbulu selepas dipotong
Lepas dipotong, bahagian yang berbulu selepas dipotong tadi dikelim dan dijahit untuk dijadikan kaki skirt.

Bahagian satu lagi jangan dikelim untuk dibuat ropol
Bahagian yang tak berbulu pula JANGAN dikelim dan dijahit begitu sahaja. Tarik satu benang supaya jahitan nampak beropol.

Sambungkan menggunakan jahitan tangan sebelum dijahit dengan mesin
Sambungkan bahagian yang dijahit beropol pada kaki dress. Jahitkan dengan menggunakan tangan dahulu sebelum disiapkan dengan menggunakan mesin jahit.

Riben untuk menghias hujung
Macam ni lah hasilnya selepas disambung tadi. Untuk tak nampak terlalu kosong, jahitkan riben dengan menggunakan lebihan kain yang sama dan lekatkan pada bahagian sambungan.

Memandangkan saya jenis yang bertudung. Jadi saya buatkan sekali Half-moon Shawl untuk digunakan bersama..

Half-Moon Shawl
Tadaaaa~~~ Inilah jadinya... Tak tau la pulak fesyen apa, En.Suami siap tanya lagi apasal tetiba kembang kat bawah??? hehehhe~~~ Walaupun En.Suami kata pelik, tapi En.Suami tetap kagum tengok setiap benda yang saya buat... (^_^)  Pelek pun pelek laaa... Janji masih ikut tema majlis... =)


Take Care People.. =)
Keyword : DIY Dress...Hand Made Dress...

2 comments:

izfanora said...

u mmg tau menjahit yer? bestnyer.. cantik baju tue..

Nurhayati Morshidi said...

pandai sikit2 n kacau2 je... menjahit baju yang betul2 tak pandai... kalau nak ubah-ubah dan modified baju dah siap tu suka sebab cepat bosan pakai... hehehhe~~~ makaseh kak... =)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~