Thursday, November 22, 2012

Purple Nite

Dah 2 minggu Annual Dinner berlalu, barulah saya update... Ni pun sebab baru dapat gambar dari Jurufoto... heheheh~~~ =) Takde gambar macam tak best pulak nak cerita... =)

Tema tahun ni warna purple... Tahun lepas warna Kuning... Senang je cara diorang ni buat tema, pilih je apa warna diorang nak... Huhuhu~~~ Tapi...Bila buat tema purple jadi menarik pula dinner, semuanya semangat nak jadi cantik dan beli pakaian...Kecuali saya, D.I.Y... =)

Jum tengok gambar semua staff, cantik-cantik semuanya... =)


Makan malam ni jugak untuk meraikan guru (Cikgu Hajah Omil Kalsom) yang bakal bersara hujung tahun ni... Banyak staff menangis sewaktu dia berucap, saya tengok pun berair mata jugak... =P Lepas tu, Big Bos (Dr. Shafie Bin Hj Lugom) bagi cenderahati kenangan, senyum la pulak... hihihih~~~


Lepas bla bla bla.... Jum makan~~ Makan time... Menu hidangan melayu dan kuantitinya pun banyak... Berbaloi-baloi... =) Jemput makan... paling sedap lauk ikan, tapi tak tau ikan apa dan masakan apa... Hurmmm~~~


Perkara paling seronok tentang dinner adalah pakaian... Masa tu la kita dapat tengok macam-macam fesyen yang keluar... Ada yang pelik, ada yang cantik dan menarik... Geng keras 3 orang ni memang tak boleh blah... Hehehhe~~~ Tak sempat pulak nak ambil gambar bertiga... =)

Me...Kak Norlia...Kak Siti Haja...
Paling seronok jugak bila saya dapat 2 hamper hadiah pada malam tu... Satu hadiah cabutan bertuah, dan satu lagi hadiah sempena perkahwinan... Seronok dapat hamper Tupperware... Berbaloi-baloi.... (^^,)

2 hamper laaa... yeayy~~~ =)
Sebagai penutup makan malam... Diumumkan King dan Queen of the Night... Hadiah Disampaikan oleh pengerusi PIBG... Nak tengok siapa menang??? =D

2 Queen & 1 King of the night... =)
Ok dahhhhh... Tamat... (^_^)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~