Friday, November 2, 2012

Selesai Majlis Persandingan... Alhamdulillah...

Assalamualaikum... 28 Oktober 2012 lepas berakhir dah majlis persandingan... Akad nikah tak perlu sebut sebab dah lama lepas, 19 Julai 2012 yang lalu... (^^,) Hari persandingan ni dah lama tunggu supaya cepat berlalu pergi... Bila dah selesai, lega sikit dan ringan je rasa kepala ni... Dah takde apa lagi nak difikir dan nak disediakan...

Solekan yang gojez oleh TERATAK SPA & BRIDAL... *Solekan je.. Baju sendiri... hehehhe~~~
Masa majlis ada sedikit masalah... Tetamu banyak yang sesat rumah... (-_-) Apasal boleh sesat ye?? Dalam kad jemputan dah tulis alamat dan peta sekali... Tapi bila hari majlis, banyak tetamu datang ke rumah mak di kampung... Alahai... Kenapa tak baca kad dan peta Pak Cik dan Mak Cik?? Mungkin bila tengok nama tuan rumah, terus assume majlis di kampung kot...

Masih ok lagi, sebab bila diorang tengok rumah dikampung kosong, diorang call mak dan bapak... Ada jugak yang tak call sebab tak tahu nombor phone dan terus balik... Tapi bila di bagitahu tempat majlis sebenar, diorang tak tahu pulak mana tempat nak pergi... Memang tak akan jumpa pun kalau tak kenal kawasan... Sebab rumah tu kat tempat kawasan perumahan baru... Baru je bukak dalam beberapa bulan... Jadi kepada yang tak tahu perumahan baru dah bukak kat belakang tu, memang tak akan jumpa pun rumah pengantin.... huhuhu~~~

Takpe la... Bukan rezeki nak makan nasi minyak kot... hehehhe~~~ Gambar hari perkahwinan belum ada lagi... Photographer kata belum siap... Actually banyak gambar bersama rakan-rakan dan keluarga yang saya nak upload... Tapi Takpe la... Saya post apa yang ada dulu dari camera sendiri dan rakan-rakan... Nanti kalau dah dapat dari photographer, saya update lagi, OK... (^^,)

Geng Keras JP... (^^,)
Atas kiri : Awang Azmil & Firdaus
Bawah Kiri : Kak Ramziyah & Aziz
Zalikha yang tak lama lagi akan melangsungkan perkahwinan jugak... =D
Bersama Emak Dan Bapak Tersayang... (^^,)
Nanti saya nak post dan update Gambar wedding dress yang saya buat sendiri... =D Selamat membaca... (^^,)

4 comments:

izfanora said...

suka sgt tgk korg nie.. :)

semoga bahagia hingga ke syurga-Nya..

Nurhayati Morshidi said...

Makaseh Kak... Amin... Hensem kan Bila Addin pakai baju melayu... hehehhe~~~
Saya doakan kebahagiaan akak jugak... =D

Ayiesha Sani said...

sweet:-)

Nurhayati Morshidi said...

Makaseh Ayisha Sani... =D

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~