Wednesday, November 21, 2012

Seri Muka Labu

Assalamualaikum... Lamanya saya dah tak bukak blog... Dah takde Lappy nak online.. Kalau nak pakai phone pun payah nak update blog... Akhirnya hari ni Kak Norlia cuti dan kebetulan Internet pun baik hati je hari ni... Dapat la saya online satu hari dan update apa yang patut... (^^,)

Sepanjang saya tak boleh nak online, saya ada buat beberapa kueh... Sedap tau.. Tapi macam biasa gambar confirm spoil sebab saya suka potong kueh yang masih panas selepas di masak... Sedap makan panas-panas, sebab tu la tak boleh nak tunggu sejuk baru potong... =) Resipi ni saya buat untuk acuan saiz 9x9, jadi kuantiti bahan pun agak banyak...

Lembik sebab potong panas-panas.. (^^,)
Bahan A (Lapisan Bawah) :

2 paket santan 
5 cawan beras pulut
1 sudu kecil garam

Bahan B (Lapisan Atas) : **cawan yang digunakan adalah cawan untuk sukat beras memasak nasi**

1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
3 cawan labu
2 cawan santan pekat
2 cawan gula
2 cawan air
3 biji telur

Cara-cara (bahan A)

1. 2 paket santan dilarutkan dengan 6 cawan air.
2. Beras pulut yang telah dicuci tak perlu direndam. Terus tos dan masukkan santan yang telah dilarutkan.
3.Masakkan didalam periuk nasi seperti biasa dan gaulkan apabila hampir kering supaya pulut sebati bersama santan dan tidak berkerak.
4. Setelah pulut masak, masukkan pulut yang masih panas kedalam acuan kek dan ratakan.

Cara buat lapisan bawah (Bahan A)

Cara-cara (bahan B) :

1. Masukkan semua bahan kedalam mesin pengisar dan kisar sampai sebati. Gunakan pemukul kek pun boleh. (^_^)


2. Setelah sebati, masakkan adunan ke dapur dan jangan berhenti gaul sehingga adunan berwap.
3. Adunan yang telah dimasak dituang di atas pulut yang telah disiapkan kedalam acuan


4. Tutup acuan dan masukkan kedalam pengukus yang telah dipanaskan dan masak selama 1jam...

Pastu siap dan makan la sewaktu masih panas... =) Bila dah sejuk dan dipotong pun masih lembut lagi, tapi tak la meleleh seperti masih panas tadi... (^_^) Sedappppp~~~~~ =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~